Berita Harian

Media asing masih kagumi Dr M

- Penulis adalah Penyunting Eksekutif Berita Harian

Hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menulis buku bagi berkongsi tip mengekalka­n kecergasan dan kesihatann­ya mendapat perhatian media antarabang­sa yang membuat liputan sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 di Bangkok, baru-baru ini.

Mungkin ramai tidak sabar menunggu nukilan terbaru Dr Mahathir mengenai amalan pemakanan, kecergasan dan kesihatann­ya sehingga mampu kekal sihat pada usia 94 tahun.

Seorang wartawan Thailand yang hanya mahu dikenali sebagai Jane berkata, beliau seronok mendengar sesi Dr Mahathir berkongsi tip kesihatan beliau sentiasa sihat.

“Saya memang berharap beliau dapat menulis mengenai tip kesihatan tidak lama lagi, sedangkan beliau berusia 94 tahun dan dianggap sebagai pemimpin tertua dunia,” katanya.

Semakan dalam media Thailand juga mendapati berita berkaitan tip kesihatan Dr Mahathir dilaporkan dengan meluas dalam talian agensi berita negara tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 itu.

Memang Dr Mahathir akui setiap kali menghadiri sidang dialog atau forum, sama ada pada peringkat domestik atau antarabang­sa beliau tidak dapat elak daripada ditanya perkara sama.

Moderator sesi Dialog Persidanga­n Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS), Arin Jira, juga tidak terkecuali bertanyaka­n soalan sama sehingga mendapat tepukan gemuruh peserta bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35, di Bangkok, Thailand, minggu lalu.

Dr Mahathir dengan tenang menjawab tiada rahsia khusus cuma berhenti makan apabila makanan diambil itu sedap dan menyelerak­an. Malah, beliau secara terbuka tidak menolak kemungkina­n untuk menulis buku khusus mengenai tip kesihatan dan kecergasan sebagai berkongsi pengalaman dengan semua orang.

“Saya akan menuliskan­nya suatu hari nanti untuk menjelaska­n kepada orang ramai. Bukan secara saintifik kerana saya tidak melakukan pemeriksaa­n saintifik. Apa yang saya lakukan ialah memerhati apa yang berlaku terhadap diri saya dan apa yang berlaku kepada orang lain dan saya buat kesimpulan sendiri.

“Ia bukan saintifik, tidak dibuktikan dan tidak diuji, tetapi ini adalah apa yang saya perhatikan terhadap kehidupan yang saya lalui,” jelas Dr Mahathir.

Pada masa sama, media antarabang­sa kagum dengan pandangan serta idea pemimpin berusia 94 tahun itu setiap kali menjawab soalan berhubung pelbagai isu politik, ekonomi dan perdaganga­n sepanjang menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-35 yang diadakan di Pusat Pameran IMPACT, kira-kira 30 kilometer dari Bangkok, Thailand.

Seorang lagi wartawan media Thailand, Sirinet Domrongkit­iphan, berkata ‘sentuhan’ Perdana Menteri Malaysia itu masih berbisa, walaupun pada usianya dan negara anggota ASEAN beruntung kerana Dr Mahathir masih mampu memberi idea bernas berkaitan kepentinga­n rantau itu dengan rakan dagang lain seperti China, India, Jepun, Australia dan Korea.

Katanya, media negara tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN itu memberi liputan meluas kepada Dr Mahathir ketika sesi dialog berkenaan.

“Siapa yang tak kagum dengan peribadi dan personalit­i beliau, dia seorang pemimpin yang bernas dan cemerlang. Kita akui Dr Mahathir selalu memberi idea segar dan pelbagai bentuk pandangan. Ia adalah pembuka mata kepada wartawan tempatan dan antarabang­sa pada sidang kemuncak kali ini.

“Saya suka idea beliau bahawa ASEAN perlu berdiri teguh bersama untuk berkembang lebih pantas dan elak daripada dibuli jika kita bersendiri­an,” katanya.

Pandangan dan idea disarankan Dr Mahathir seperti negara rantau ini perlu mempunyai satu suara setiap kali menyuaraka­n pendapat kepada forum antarabang­sa memang tepat pada masanya.

Adalah wajar negara ASEAN memberi perhatian serius perkara itu kerana rantau ASEAN sendiri memiliki 650 juta rakyat, sekali gus menyediaka­n pasaran besar kepada negara kuasa ekonomi dalam memasarkan pelbagai produk masing-masing.

Perdana Menteri pada dialog itu mengesyork­an ASEAN bergerak secara kolektif dengan memiliki solidariti satu suara bagi menyuaraka­n pandangan dalam menghadapi kesan serta cabaran perang perdaganga­n oleh kuasa besar ekonomi.

Memang benar apa yang Dr Mahathir suarakan kerana kesepakata­n suara dan pendirian ASEAN mewakili wilayah ekonomi itu penting supaya negara anggotanya tidak menjadi mangsa buli kuasa besar ekonomi dan negara maju.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Mahathir pada sesi dialog Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2019 di Bangkok, baru-baru ini.
Dr Mahathir pada sesi dialog Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN 2019 di Bangkok, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia