Kerajaan usaha keras kesan dalang 1MDB: PM

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, sukar dijejaki kerana ketiadaan petunjuk dan terlalu banyak khabar angin mengenai lokasi persembuny­iannya.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata kerajaan sedang berusaha keras mengesan Jho Low supaya dalang yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) itu dapat diheret balik ke negara ini untuk tindakan undang-undang.

Biarpun menghadapi kekangan bagi memperoleh maklumat mengenai Jho Low, Dr Mahathir berkata, kerajaan juga tidak boleh mengambil tindakan terdesak yang dikhuatiri boleh menggugat hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara yang didakwa menjadi tempat perlindung­an Jho Low.

“Kita sedang berusaha kuat untuk mengesan (Jho Low) dan memperoleh maklumat tetapi ia bukan tugas yang mudah untuk mendapatka­nnya (maklumat). Saya diberitahu, dia (Jho Low) bawa beberapa pasport dan lakukan pengubahsu­aian wajah. “Semua itu adalah khabar angin. Saya tidak ada petunjuk. Mungkin ia (khabar angin) betul atau tidak, ia sebenarnya membuatkan kerja mengesan (Jho Low) sesuatu yang sukar,” katanya kepada pemberita selepas hadir menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembanguna­n Kesenian Kebudayaan) sempena Konvokesye­n Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Ke-15, di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.