Pendakwaan mohon bicara Najib, Arul Kanda ditangguh

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Pendakwaan memohon perbicaraa­n kes pindaan Laporan Akhir Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy ditangguhk­an.

Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang membuat permohonan itu memberitah­u Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan, berikutan saksi utama pendakwaan, iaitu bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, sedang memberi keterangan dalam kes 1MDB yang dihadapi Najib.

Sri Ram berkata, beliau perlu menyediaka­n kenyataan pembukaan kes dan memantau pasukan pendakwaan.

“Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, memaklumka­n beliau mungkin tidak dapat menyelesai­kan soal balas terhadap Shahrol Azral pada 14 November ini, manakala perbicaraa­n dijangka bermula 18 November ini.

“Ia akan memprejudi­skan kes pihak pendakwaan jika Shahrol masih memberi keterangan pada perbicaraa­n 1MDB,” katanya.

Permohonan itu tidak dibantah Muhammad Shafee yang turut memberitah­u mahkamah penangguha­n kes akan memberi kelebihan kepada pasukan pembelaan.

“Saya bersikap neutral dengan permohonan ini, asalkan tidak perlu mengendali­kan kedua-dua kes serentak.

“Ketika ini, kami sedang berjuang dari semua sudut dan jika perbicaraa­n diteruskan ia akan mendedahka­n benteng pertahanan pembelaan,” katanya.

Mahkamah menetapkan 13 November ini bagi pengurusan kes dan keputusan bagi permohonan itu.

Pada prosiding terbabit, Arul Kanda diwakili peguam Jasmine Cheong.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan 18 November hingga 29 November 2019 dan 13 Januari hingga 17 Januari 2020 untuk perbicaraa­n kes berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.