Berita Harian

‘Jho Low tipu AS$1.83B dalam tempoh tiga tahun’

Bekas CEO perjelas 1MDB ‘tersilap’ pindah AS$330J, AS$700J ke akaun milik Good Star

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali dan Siti Nurazlinee Azmi bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih terkenal dengan panggilan Jho Low, menipu wang 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) berjumlah AS$1.83 bilion hanya dalam tempoh masa tiga tahun.

Perjalanan transaksi wang itu antaranya membabitka­n AS$830 juta melalui perjanjian pembiayaan Murabaha yang dimasukkan ke dalam akaun Petrosaudi Internatio­nal Ltd (PSI) iaitu syarikat yang menjalinka­n usaha sama dengan 1MDB.

Wang berjumlah AS$700 juta pula dipindahka­n ke dalam akaun Good Star Ltd yang dikatakan subsidiari kepada PSI, bagaimanap­un didapati adalah milik Jho Low.

Pada Mac 2010 pula, wang berjumlah AS$1 bilion dalam bentuk ekuiti melalui perjanjian usaha sama 1MDB-PSI ditukarkan kepada Nota Islamik Murabaha dengan 1MDB menyuntik dana tambahan berjumlah AS$500 juta kepada PSI.

Perkara itu disahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, ketika disoal peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraa­n kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

Saksi pendakwaan kesembilan itu menjelaska­n lanjut, 1MDB melakukan kesilapan dengan memindahka­n AS$330 juta pada 2011 ke dalam akaun JP Morgan milik Good Star.

Menurutnya, sebelum ini AS$700 juta juga ‘tersilap’ dimasukkan ke dalam akaun sama.

Pada isu lain, Shahrol Azral memberitah­u Mahkamah Tinggi, pelaburan tambahan 1MDB berjumlah RM1 bilion bagi perjanjian usaha sama dengan PSI diluluskan Najib pada 2011.

Bagaimanap­un, saksi menjelaska­n kelulusan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu bukan disarankan oleh Lembaga Pengarah 1MDB.

Terdahulu, Muhammad Shafee yang merujuk pernyataan saksi, berkata Najib selaku Menteri Kewangan melalui Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MKD) menandatan­gani perjanjian bagi pelaburan tambahan usaha sama 1MDB-PSI melalui Perjanjian Pembiayaan Nota Murabaha.

Muhammad Shafee mencadangk­an, melalui pernyataan itu dan keterangan Shahrol Azral menunjukka­n Lembaga Pengarah

1MDB mengesyork­an Najib selaku pemegang saham utama menandatan­gani perjanjian terbabit.

Menurut Muhammad Shafee, ini berdasarka­n keterangan saksi bahawa Lembaga Pengarah 1MDB gembira dan berpuas hati dengan pertemuan pengurusan PSI di London.

Shahrol Azral bagaimanap­un menjelaska­n, Lembaga Pengarah berpuas hati dengan pertemuan di London dan pertemuan Najib dengan Lembaga Pengarah 1MDB kerana ia selari dengan kepentinga­n strategik kepada Perdana Menteri (ketika itu) dan kepada negara.

Sementara itu, Shahrol Azral berkata, Lembaga Pengarah 1MDB gembira dan berpuas hati dengan penjelasan PSI mengenai syarikat itu ketika mengadakan kunjungan ke Pejabat PSI di London pada 16 Mei 2011.

Penjelasan itu diberikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSI, Tarek Obaid dan Pengarah Eksekutif, Patrick Mahoney, kepada Najib selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

Menurut Shahrol Azral, penjelasan yang diberikan kedua-dua pegawai kanan terbabit menyebabka­n 1MDB berasa ‘selesa’dengan PSI.

Lembaga Pengarah berpuas hati dengan pertemuan di London dan pertemuan Najib dengan Lembaga Pengarah 1MDB kerana ia selari dengan kepentinga­n strategik kepada Perdana Menteri (ketika itu) dan kepada negara.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB

 ?? (Foto Mahzir Mat ISA/BH) ?? Shahrol Azral hadir perbicaraa­n kes 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mahzir Mat ISA/BH) Shahrol Azral hadir perbicaraa­n kes 1MDB di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia