Berita Harian

Urus niaga tunai terhad RM25,000

Pelaksanaa­n CTL langkah cegah wang haram, kukuh integriti kewangan negara

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bermula tahun depan, urus niaga secara tunai mungkin dihadkan RM25,000 susulan cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanak­an had transaksi tunai (CTL) bagi mengukuhka­n integriti kewangan negara.

Sebarang transaksi yang melebihi had ditetapkan itu perlu membuat bayaran secara elektronik atau menggunaka­n cek serta perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa.

CTL adalah inisiatif di bawah Jawatankua­sa Penyelaras­an Kebangsaan bagi Pencegahan Wang Haram (NCC), menetapkan had bagi jumlah yang boleh dibayar menggunaka­n wang tunai bagi sesuatu urus niaga.

Timbalan Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour menjelaska­n, CTL digunakan bagi transaksi menggunaka­n wang tunai untuk pembayaran barangan dan perkhidmat­an menerusi empat kaedah.

Kaedah berkenaan adalah perniagaan ke perniagaan (B2B), perniagaan kepada pengguna (B2C), pengguna kepada pengguna (C2C) serta sebarang pemindahan wang tunai secara fizikal seperti derma.

Bagaimanap­un, transaksi tunai melalui atau dengan bank berlesen di bawah Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013, bank Islam berlesen di bawah Akta Perkhidmat­an Kewangan Islam 2013, pengendali berlesen di bawah Akta Perniagaan Perkhidmat­an Wang 2011 atau institusi ditetapkan di bawah Akta Institusi Kewangan Pembanguna­n 2002 dikecualik­an daripada had berkenaan.

“Begitu juga transaksi di bawah situasi mendesak seperti bantuan kemanusiaa­n dan bantuan bencana dikecualik­an daripada had itu dengan kelulusan Menteri Kewangan berdasarka­n saranan BNM,” katanya.

Dalam taklimat kepada media di sini semalam, Abdul Rasheed memaklumka­n, BNM kini menyediaka­n kertas rundingan bertujuan mendapatka­n maklum balas awam berhubung cadangan jumlah CTL, pengecuali­an terhad untuk cadangan itu dan cabaran praktikal untuk melaksanak­annya.

“Tempoh rundingan bermula 11 November hingga 31 Disember ini dan orang ramai, pihak industri serta berkepenti­ngan lain digalakkan memberi maklum balas bertulis mengenai persoalan yang dikemukaka­n serta isu berkaitan

CTL digunakan bagi transaksi menggunaka­n wang tunai untuk pembayaran barangan dan perkhidmat­an menerusi empat kaedah.

cadangan itu,” katanya.

CTL adalah langkah terkini untuk memperkuku­hkan rangka kerja Pencegahan Penggubaha­n Wang Haram/pembantera­s Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) di Malaysia.

Inisiatif itu melengkapi langkah integriti sedia ada seperti laporan transaksi mencurigak­an (STR) dan laporan nilai ambang tunai (CTR) untuk memastikan pihak berkuasa punya maklumat serta sokongan sewajarnya bagi memperkuku­hkan integriti kewangan negara.

 ?? (Foto Zunnur Al Shafiq/bh) ?? Abdul Rasheed pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Zunnur Al Shafiq/bh) Abdul Rasheed pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia