311,189 isi rumah terima manfaat Program Food Bank

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Program Food Bank Malaysia yang dilancarka­n secara rasmi pada Disember 2018, sudah memberi manfaat kepada 311,189 isi rumah di seluruh negara sehingga Ogos lalu.

Dalam tempoh itu, sebanyak 1,701 tan lebihan makanan dianggarka­n bernilai RM8.51 juta diagih menerusi program terbabit yang menjadi satu daripada usaha Kementeria­n

Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi meringanka­n beban kos sara hidup rakyat.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaska­n, program itu juga memberi kesedaran kepada pengguna mengenai inisiatif ‘sisa sifar’ bagi mengelak dan mengurangk­an pembaziran makanan.

“Sementara itu, program Food Bank Siswa pula telah memanfaatk­an 4,970 mahasiswa daripada golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bn-bagan Datuk) yang dipaparkan dalam laman web Parlimen, semalam.

BERNAMA

(Foto hiasan)

Program Food Bank adalah inisiatif Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk meringanka­n beban kos sara hidup rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.