Berita Harian

Cadangan perlu kajian lanjut

PDRM bincang dulu, akan lihat semula perkara: Mazlan

- Oleh Nor Azizah Mokhtar, Wan Noor Hayati Wan Alias dan Fazrik Kamarudin bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Cadangan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) memendekka­n tempoh maksimum penahanan reman dalam Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) memerlukan perbincang­an lanjut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor, berkata pihaknya masih membincang­kan mengenai cadangan itu.

“Itu cadangan saja dan kita perlu melihat semula perkara ini, ia masih dalam peringkat perbincang­an.

“Saya tidak boleh beri sebarang jawapan, biarlah kita jalankan kajian dahulu,” katanya pada sidang media selepas hadir majlis perasmian penutup Persidanga­n Kebangsaan Jenayah Komersial: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019 di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad.

Kelmarin, BH melaporkan tempoh maksimum penahanan reman yang diperuntuk­kan dalam SOSMA, mungkin dipendekka­n kepada 14 hari.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata Kabinet berpandang­an tempoh tahanan selama 28 hari dalam akta itu adalah terlalu lama untuk seseorang ditahan reman tanpa melalui perbicaraa­n di mahkamah.

Seramai 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditahan oleh Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman mengikut SOSMA selama 19 hari sebelum didakwa di mahkamah

Itu cadangan saja dan kita perlu melihat semula perkara ini, ia masih dalam peringkat perbincang­an. Saya tidak boleh beri sebarang jawapan, biarlah kita jalankan kajian dahulu.

pada 29 dan 31 Oktober lalu.

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berpendapa­t tempoh tahanan sehingga 28 hari terhadap suspek yang ditahan mengikut SOSMA adalah wajar.

Tempoh itu, katanya, bagi membolehka­n polis mempunyai masa yang cukup untuk menjalanka­n siasatan secara rapi dan terperinci terutama terhadap suspek yang disyaki terbabit dengan kegiatan militan atau kumpulan pengganas.

“Siasatan polis untuk kes sedemikian akan mengambil masa yang agak lama kerana ia membabitka­n pelbagai proses rumit.

“Proses siasatan juga berbeza daripada siasatan kes jenayah biasa. Ia merangkumi pelbagai aspek termasuk latar belakang dan rangkaian, kerana ia babitkan organisasi terancang.

“Ini termasuk memeriksa akaun bank suspek sama ada memungut atau mengumpul dan memberi dana kepada organisasi pengganas, yang mana proses ini memakan masa lama dan membabitka­n institusi perbankan,” katanya ketika dihubungi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia