Laluan alternatif dibuka untuk pengunjung,

pekerja hotel dan penghuni pangsapuri

Berita Harian - - Muka Depan - Oleh Fitri Nizam [email protected]

Kuala Lumpur: Hasil pemantauan bomba menemui beberapa mata air di bahagian atas bukit di Jalan Ion Delement, Genting Highlands yang dipercayai punca insiden tanah runtuh, Selasa lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands, Yusri Abdullah Sani, berkata kewujudan mata air itu dikhuatiri boleh menimbulka­n risiko runtuhan susulan di lokasi kejadian.

“Terdapat sekurang-kurangnya dua mata air ditemui di atas bukit. Kita dimaklumka­n Jabatan Mineral dan Geosains Pahang sudah melakukan penyiasata­n dan pemantauan berhubung perkara itu.

“Langkah berjaga-jaga diambil bagi menghadapi sebarang kemungkina­n,” katanya ketika dihubungi BH, di sini, semalam.

Selasa lalu, 200 kakitangan dan penghuni hotel serta pangsapuri terperangk­ap akibat tanah runtuh di Jalan Ion Delemen, Genting Highlands berikutan hujan lebat.

Bagaimanap­un, runtuhan tanah di lereng bukit itu dipercayai berlaku secara berperingk­at bermula jam 5 petang tidak membabitka­n sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Rakaman video memaparkan tanah runtuh itu turut tular di laman sosial, sekali gus mengundang kebimbanga­n pelbagai pihak tahap keselamata­n di lokasi kejadian.

Yusri ketika mengulas lanjut berkata, kewujudan mata air itu boleh menyebabka­n berlaku runtuhan susulan di lokasi kejadian sekiranya hujan lebat dalam tempoh terdekat.

“Justeru, saya meminta orang ramai termasuk yang menggunaka­n laluan alternatif sentiasa berwaspada, terutama ketika hujan lebat dan laporkan segera sebarang kejadian membabitka­n isu berkenaan,” katanya.

Sementara itu, laluan utama menghubung­kan hotel dan pangsapuri yang terletak di Jalan Ion Delement, Genting Highlands masih ditutup kepada semua lalu lintas sehingga Jabatan Kerja Raya (JKR) selesai menjalanka­n penilaian tahap keselamata­n cerun di lokasi kejadian.

Yusry berkata, laluan alternatif ketika ini hanya dibuka untuk kenderaan ringan bagi memastikan kelancaran pergerakan keluar masuk dari hotel dan pangsapuri di lokasi berkenaan.

Kewujudan mata air itu boleh menyebabka­n berlaku runtuhan susulan di lokasi kejadian sekiranya hujan lebat dalam tempoh terdekat.

Yusri Abdullah Sani, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands

(Foto Asyraf Hamzah/bh)

Anggota penyelamat memeriksa struktur tanah runtuh di atas bukit di Jalan Ion Delement, Genting Highlands, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.