Berita Harian

Zahid diminta tegur salah laku pemimpin sendiri

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya celik mata, serta menegur salah laku ketua dan pemimpin dalam partinya sebelum ini.

Perdana Menteri turut mengingatk­an Ahmad Zahid bahawa punca kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) adalah kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu membiarkan salah laku berleluasa dalam kalangan pemimpin kerajaan dan partinya ketika itu.

“Masa dulu, waktu ada orang curi duit, bos dia curi duit, dia tak salahkan langsung. Sekarang ini baru nak salahkan. Pi la (pergilah) balik peringat (ingatkan) diri sendiri kenapa kamu kalah (PRU-14). Kamu kalah sebab kamu tak salahkan bos kamu,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menerima Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Pembanguna­n Kesenian Kebudayaan), sempena Konvokesye­n Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Ke-15, semalam.

Ahmad Zahid ketika berceramah di Tanjung Piai, Johor, malam kelmarin, mendakwa pentadbira­n Pakatan Harapan (PH) dan Peguam Negara bertindak menyalahgu­nakan undang-undang sedia ada.

Pengerusi BN itu mempersoal­kan keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru melepas dan membebaska­n seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu, sehingga mengakibat­kan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 18 Februari lalu.

Masa dulu, waktu ada orang curi duit, bos dia curi duit, dia tak salahkan langsung. Sekarang ini baru nak salahkan. Pi la balik peringat diri sendiri kenapa kamu kalah (PRU-14).

Di Pontian, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) merangkap Pengerusi PH Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengingatk­an Ahmad Zahid agar menghormat­i keputusan mahkamah, berhubung keputusan kes berkenaan.

Sambil mempersoal­kan tindakan Presiden UMNO itu yang boleh dianggap sebagai menghina mahkamah, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Malaysia adalah sebuah negara demokrasi mengamalka­n ‘rule of law’ yang perlu dihormati semua pihak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia