2 parti komponen GAGASAN gagal capai persefaham­an

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Pertelagah­an antara dua parti komponen Gagasan Sejahtera (GAGASAN) berhubung isu calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, dilihat berterusan apabila masing-masing mempertaha­nkan pendirian yang diambil.

Semalam, PAS mendakwa perselisih­an faham dalam isu berkenaan berpunca daripada kegagalan kepemimpin­an lama Barisan Jemaah Islamiah Se-malaysia (BERJASA) memaklumka­n asas muafakat yang disepakati antara parti pembangkan­g kepada kepemimpin­an baharu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata asas muafakat yang wujud antara GAGASAN dan Barisan Nasional (BN) dipersetuj­ui selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau menjelaska­n, asas muafakat itu membabitka­n persetujua­n semua parti dalam GAGASAN dan BN, iaitu mana-mana kerusi yang memberi undi lebih kepada satu-satu parti, kerusi itu akan kekal ditandingi parti berkenaan kecuali diberi laluan kepada parti lain.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut menegaskan, tiada keperluan untuk membincang­kan isu calon PRK Parlimen Tanjung Piai dalam mesyuarat Majlis Presiden GAGASAN kerana sudah ada dasar dan asas muafakat yang mengikat parti pembangkan­g.

“Asas muafakat ini sudah ada dan dipersetuj­ui sejak selepas PRU lalu, namun kepemimpin­an baharu dalam BERJASA mungkin tidak dimaklumka­n.

“Sebab itu kita hubungi mereka sebelum penamaan calon dan maklumkan pendirian parti berasaskan persetujua­n itu.

“PAS berpegang dengan asas muafakat itu selagi tiada keputusan baharu. Tak ada keperluan (berbincang dengan komponen GAGASAN) sebab sudah ada dasar sebelumnya” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, BH Online melaporkan PAS didakwa membelakan­gkan rakan komponen dalam pakatan politik GAGASAN, apabila tidak membincang­kan keputusan menyokong calon MCA pada PRK Parlimen Tanjung Piai.

Parti pimpinan Datuk Seri Hadi Awang itu juga didakwa gagal menghormat­i dan menyambut baik pandangan rakan gabungan mereka, supaya isu calon PRK berkenaan dibincangk­an dalam mesyuarat Majlis Presiden GAGASAN.

Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad pula dilaporkan berkata, selaku parti komponen, BERJASA, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) tidak pernah dipanggil untuk berbincang soal calon PRK Parlimen Tanjung Piai.

PAS dan BERJASA membentuk kerjasama politik dalam GAGASAN selaku blok kuasa ketiga bersama IKATAN, PCM dan ratusan badan bukan kerajaan (NGO) pada 2016.

Tindakan BERJASA mempertaru­hkan presidenny­a, Datuk Dr Badrulhish­am Abdul Aziz pada PRK 16 November ini bertentang­an dengan pendirian PAS yang sejak awal lagi menyokong calon dari MCA untuk bertanding merebut kerusi yang kosong sejak September lalu.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.