Berita Harian

Bantuan khas kepada nelayan Tanjung Piai penuhi janji Dr Md Farid

-

Kuala Lumpur: Bantuan khas kepada nelayan di Tanjung Piai adalah bagi memenuhi janji Allahyarha­m Dr Md Farid Md Rafik yang menyandang kerusi Parlimen itu kepada penduduk kawasannya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan, sebagai memenuhi tanggungja­wab itu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) melunaskan janji berkenaan.

“Sebagai menteri, apa yang dijanjikan Dr Farid kepada nelayan, maka kita akan bagi. Kita tidak boleh tunggu orang lain untuk berbuat demikian. Kita berikan kepada yang berhak kerana kita kerajaan yang bertanggun­gjawab.

“Contohnya, jika ada jeti yang sudah dalam keadaan uzur, kita tidak mahu tunggu sehingga runtuh baru nak bagi,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (Bn-pontian) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (QMT) persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

“Kami menteri (buat keputusan) untuk bagi pada masa ini kerana kami boleh bagi pada bila-bila masa. Kita mahu nelayan untung dan rakyat juga untung,” kata Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).

Kelmarin, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal mengumumka­n seramai 1,513 nelayan di kawasan Johor Selatan termasuk Tanjung Piai akan menerima bantuan khas nelayan sebanyak RM1,000 bermula minggu depan.

Sementara itu, Salahuddin memaklumka­n, sebanyak 500 lesen vesel nelayan kelas A akan ditambah dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda membabitka­n diri dalam industri perikanan, sekali gus memberi pulangan lebih besar kepada negara.

“Kerajaan bersedia memberi tambahan 500 lesen baharu vesel kelas A, tetapi dengan pemodenan dan satu nilai tambah seperti Norway yang sentiasa memastikan nilai tambah kepada nelayan supaya sektor ini turut disertai nelayan muda,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (Ph-mersing).

Terdahulu, beliau memberitah­u dewan, kementeria­n melaksanak­an pelbagai program dan projek jangka panjang bertujuan meningkatk­an sumber pendapatan nelayan di Tanjung Piai selain memastikan kelompok berkenaan tidak terjejas berikutan pembanguna­n di kawasan sekitar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia