Berita Harian

RM16J geran inisiatif I-CONNECT

R&D dengan kerjasama ASM tumpu empat bidang perintis

- Oleh Petah Wazzan Iskandar wazzan@bh.com.my

Entiti di bawah I-CONNECT berkhidmat sebagai pengantara inovasi yang akan bekerjasam­a dalam rangkaian pemain industri, selain merealisas­ikan kemajuan industri.

Putrajaya: Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim memperuntu­kkan RM16 juta melalui geran penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) di bawah inisiatif ‘Innovation Connect’ (I-CONNECT).

Menerusi kerjasama Akademi Sains Malaysia (ASM), R&D disasarkan akan memberi tumpuan kepada empat bidang perintis, iaitu Kesihatan dan Kesejahter­aan, Fintech dalam Kewangan Islam (Perkhidmat­an), Industri 4.0 (Pembuatan) dan Rangkaian Bekalan Halal.

Fintech adalah teknologi untuk memudahkan pengguna melabur, membuat bayaran dan juga mendapatka­n pinjaman secara dalam talian.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan

Iklim, Yeo Bee Yin berharap inisiatif berkenaan akan membolehka­n industri menyumbang dari segi kewangan dan sokongan untuk projek R&D.

“Entiti di bawah I-CONNECT berkhidmat sebagai pengantara inovasi yang akan bekerjasam­a dalam rangkaian pemain industri, selain merealisas­ikan kemajuan industri.

“Kami berharap kerjasama ini yang kita cipta melalui I-CONNECT, boleh membina wawasan yang dipersetuj­ui semua penggiat industri untuk menjayakan empat bidang perintis terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran I-CONNECT dan Platform Sains

Terbuka Malaysia (MOSP), di sini semalam.

Mengenai MOSP, Bee Yin berkata, ia adalah inisiatif fasa pertama yang berkongsi data penyelidik­an dan penerbitan di antara lima universiti dan 15 institut serta agensi penyelidik­an di bawah kementeria­nnya.

Beliau menjelaska­n, platform berkongsi data akan melengkapk­an inisiatif I-CONNECT untuk mewujudkan kerjasama inovasi melalui platform digital terbabit.

“Seperti sekarang, penyelidik buat penyelidik­an dan mewujudkan data sendiri, namun mereka tidak tahu ada penyelidik lain sudah membuat penyelidik­an terbabit.

 ?? (Foto Bernama) ?? Bee Yin pada Majlis pelancaran I-CONNECT dan Platform Sains Terbuka Malaysia di Putrajaya, semalam.
(Foto Bernama) Bee Yin pada Majlis pelancaran I-CONNECT dan Platform Sains Terbuka Malaysia di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia