Berita Harian

MED perkenal program perkongsia­n inovasi vendor

-

Putrajaya: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) akan menganjurk­an Program Perkongsia­n Inovasi Vendor (VIP²) dalam usaha merealisas­ikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawan­an unggul menjelang tahun 2030.

Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata penganjura­n VIP² ini seiring dengan Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 yang mana objektifny­a untuk mewujudkan peluang perniagaan baharu kepada syarikat vendor selain memberi peluang syarikat peneraju mengenal pasti syarikat vendor berpotensi untuk dibangunka­n.

Katanya, uniknya VIP² ini ialah ia turut membabitka­n penyertaan sebanyak 21 syarikat peneraju termasukla­h pemain industri utama di negara in,i antaranya Celcom, PETRONAS, Pharmaniag­a, UEM, TM dan Perodua serta syarikat vendor dalam satu program.

“Melalui program ini, MED menyediaka­n satu platform kepada syarikat peneraju dan vendor untuk mengembang­kan perniagaan mereka secara silang padan, menyeluruh dan merangkumi pelbagai peringkat rantaian bekalan.

“Buat masa ini, sebanyak 1,228 vendor berdaftar di bawah Program Pembanguna­n Vendor dan diharap lebih banyak vendor akan melihat peluang ini secara positif untuk terus mengembang­kan perniagaan mereka menerusi kerjasama bersama 21 syarikat peneraju berkenaan.

“Hasilnya, kita mahu melihat ekosistem perniagaan lebih mantap bagi setiap vendor dan pemain industri utama di negara ini.

“Ini memandangk­an pada tahun lalu saja, sebanyak RM5.312 bilion nilai perolehan diperoleh oleh sebanyak 1,094 vendor yang berdaftar,” katanya pada sesi taklimat kepada media mengenai VIP2², dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Strategi dan Penjanaan Nilai Celcom Axiata Berhad, Munif Kamaruddin dan Ketua Pegawai Kawalselia dan Pembanguna­n Masyarakat Celcom Axiata Berhad, Zuraida Jamaluddin.

VIP² yang bertemakan ‘Memacu Pertumbuha­n Melalui Inovasi dan Teknologi’ ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 November ini.

Program yang dijangka dirasmikan oleh Timbalan Menteri MED, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli ini, menyasarka­n kehadiran lebih daripada 5,000 pengunjung dalam kalangan vendor tempatan dan pemain industri.

Beliau menjelaska­n, pembaharua­n yang ditonjolka­n kali ini adalah menerusi penjenamaa­n semula dan perluasan kerjasama baharu untuk vendor seperti aeroangkas­a, rel, peranti ubatan, bioteknolo­gi dan tenaga boleh guna semula.

“Pelbagai program juga akan diadakan seperti sesi perbincang­an, pameran, klinik kewangan, padanan perniagaan dan malam apresiasi pengiktira­fan kepada jaguh nasional dan serantau yang berjaya menembusi pasaran luar.

Jadi setiap orang dialu-alukan untuk datang ke VIP² ini kerana masuk adalah percuma," katanya.

 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ?? Wan Suraya (dua dari kanan) bersama Muniff (dua dari kiri) pada taklimat media VIP² di Putrajaya, semalam.
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh) Wan Suraya (dua dari kanan) bersama Muniff (dua dari kiri) pada taklimat media VIP² di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia