Kerajaan bertegas tak hantar Zakir

Berita Harian - - Nasional -

Kuala Lumpur: Kerajaan akan menghantar surat rasmi kepada India mengenai pendirian untuk tidak menghantar pulang pendakwah bebas, Dr Zakir Naik ke negara asalnya.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, menegaskan perkara itu adalah susulan permintaan disuarakan rakan sejawatnya dari India, S Jaishakar supaya Malaysia memberikan jawapan secara rasmi mengenai perkara itu.

“Pada pertemuan di Sidang Kemuncak ASEAN di Bangkok minggu lalu, beliau menimbulka­n perkara berkenaan secara tertib meminta supaya kita menghantar surat jawapan rasmi.

“Sehubungan itu, kita dalam perbincang­an bersama Peguam Negara, untuk memberikan jawapan yang paling tepat perlu disampaika­n kepada mereka,” katanya ketika sesi penggulung­an pada peringkat jawatankua­sa Rang Undang-undang Perbekalan 2020, di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menegaskan untuk tetap dengan pendirian tidak akan menghantar pulang penceramah bebas itu ke India.

Saifuddin menegaskan, pada pertemuan Dr Mahathir dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi di Vladivosto­k, Russia, sebelum ini juga tidak membincang­kan mengenai perkara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.