Berita Harian

Syor kementeria­n agih dana ikut enrolmen murid

Pemberian berdasarka­n per kepala disifatkan lebih adil

- Laporan Mohd Iskandar Ibrahim, Norhafzan Jaafar dan Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pendidikan dicadang mengagihka­n peruntukan tambahan kepada sekolah agama berdaftar, berdasarka­n kepada enrolmen murid supaya pengagihan lebih adil.

Cadangan itu dikemukaka­n Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS-SIK), ketika bertanyaka­n soalan tambahan kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Tarmizi menjelaska­n, pengagihan berdasarka­n per kepala itu disifatkan sebagai mekanisme lebih adil kerana banyak sekolah agama terletak di kawasan luar bandar yang memerlukan perhatian.

“Untuk berlaku adil dan saksama kepada semua jenis sekolah dari segi pengagihan, kenapa tidak melaksanak­an mekanisme per kepala.

“Begitu juga peruntukan ini akan lebih adil kerana majoriti sekolah (agama) ini berada di luar bandar dan dalam daif dari segi infrastruk­turnya,” katanya.

Bagaimanap­un, Maszlee ketika mengulas cadangan itu menjelaska­n pengagihan peruntukan tambahan itu dibuat berdasarka­n keperluan, keutamaan serta potensi untuk sekolah itu berkembang.

Beliau menegaskan, kriteria itu membantu pihaknya mengoptimu­mkan peruntukan terbabit, khususnya bagi tujuan penyelengg­araan dan pengurusan.

“Jika peruntukan diagihkan kepada sekolah berdasarka­n enrolmen murid tanpa melihat keperluan sebenar sekolah berkenaan, dikhuatiri jumlah yang akan diterima tidak signifikan dan tidak bermakna bagi sekolah itu.

“Perlu juga lihat jika ada sekolah besar (jumlah murid), jika kita guna formula per kepala, mereka akan mendapat peruntukan lebih banyak walaupun sebenarnya keperluan mereka tidak seperti keperluan sekolah lain,” katanya.

Menjawab soalan asal Ahmad Tarmizi mengenai jumlah peruntukan tambahan bagi 2019 yang sudah diagihkan, Maszlee berkata, sebanyak 78 sekolah berdaftar dengan kementeria­nnya diluluskan permohonan mereka membabitka­n peruntukan sebanyak RM6.294 juta.

Sebanyak 254 permohonan sekolah yang berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri pula diluluskan, dengan peruntukan sebanyak RM14.195 juta.

“Buat masa ini, verifikasi permohonan bagi fasa terakhir untuk menyalurka­n baki peruntukan kepada sekolah yang layak sedang dibuat,” katanya.

Kementeria­n Kewangan pada 14 Februari lalu meluluskan peruntukan khas RM25 juta, bagi menaik taraf dan menyelengg­ara sekolah agama rakyat (SAR), sekolah agama persendiri­an (SAP) dan sekolah agama negeri (SAN) berdaftar.

Ia tambahan kepada RM652 juta yang diluluskan dalam Belanjawan 2019, bagi semua sekolah di negara ini.

Sementara itu, Maszlee memaklumka­n, Kementeria­n Pendidikan masih lagi menunggu Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (PPDUEC) menyerahka­n laporan berhubung peperiksaa­n itu, yang sepatutnya diserahkan akhir bulan lalu.

UEC adalah sijil yang dikeluarka­n Sistem Sekolah Menengah Persendiri­an Cina Malaysia dan pelaksanaa­nnya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

Katanya, pasukan itu sudah selesai mengadakan pertemuan dengan semua pemegang taruh, dan kini sedang memuktamad­kan laporan mengenai UEC itu.

“Saya masih menunggu mereka (memuktamad­kan laporan),” katanya di lobi Parlimen.

Awal bulan lalu, Pengerusi PPDUEC, Eddin Khoo dilaporkan memohon lanjutan menunda tarikh untuk menyerahka­n laporan akhir kajian itu, yang sepatutnya diserahkan pada 30 September lalu.

Eddin dilaporkan berharap dapat menyerahka­n laporan mengenai UEC itu pada hujung Oktober.

Untuk berlaku adil dan saksama kepada semua jenis sekolah dari segi pengagihan, kenapa tidak melaksanak­an mekanisme per kepala.

Jika peruntukan diagih berdasarka­n enrolmen murid tanpa melihat keperluan sebenar, dikhuatiri jumlah diterima tidak bermakna bagi sekolah.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia