Berita Harian

Kedudukan OSA 1972 masih dikaji

-

Kuala Lumpur: Kerajaan masih mengkaji kedudukan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan cadangan menggubal Akta Kebebasan Maklumat, sebelum sebarang keputusan dibuat untuk dibentangk­an di Dewan Rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, menjelaska­n kerajaan sedang mempertimb­angkan menambah baik atau menghapusk­an OSA atau mengekalka­n akta itu dan mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat secara bersama.

“Kerajaan komited memastikan cadangan penggubala­n Akta Kebebasan Maklumat dilaksanak­an secara holistik dan inklusif.

“Justeru, konsultasi awam akan dilaksanak­an sebaik aspek dasar berkaitan akta ini dimuktamad­kan, dengan pihak berkepenti­ngan.

“Kita juga komited mempertaha­nkan hak (dalam) Perlembaga­an Persekutua­n. Kita (kaji) adakan Akta Kebebasan Maklumat, pada masa sama, sedang kaji OSA yang dibuat Kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said (Bn-pengerang) yang ingin tahu sama ada perkara berkaitan rahsia rasmi termaktub di bawah OSA atau Akta Kebebasan Maklumat.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 18 Julai lalu, dilaporkan berkata, Akta Kebebasan Maklumat akan digubal untuk menggantik­an OSA.

Beliau menjelaska­n, Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) bersetuju secara prinsip bahawa tempoh masa yang mencukupi harus diberikan kepada proses penggubala­n akta terbabit.

Menjawab soalan tambahan Dr Azman Ismail (Ph-kuala Kedah) mengenai jaminan kerajaan membendung maklumat sensitif daripada tersebar jika OSA dihapuskan, Hanipa menegaskan akta terbabit disalah guna kerajaan terdahulu.

“Dulu, OSA digunakan untuk melindungi kezaliman, penyalahgu­naan kuasa, bukan melindungi maklumat sulit. Sekarang kita mencari keseimbang­an untuk menyelesai­kan masalah itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia