Berita Harian

Kementeria­n pastikan penyelesai­an secara baik

Pemohon dapat diskaun 20 peratus melalui Kempen Pemilikan Rumah akan dipertimba­ng, dianalisis

- Oleh Petah Wazzan Iskandar wazzan@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memastikan penyelesai­an terbaik mengikut kaedah menang-menang ke atas isu yang dibangkitk­an pemilik awal rumah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) .

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata sebagai kerajaan yang bertanggun­gjawab, pihaknya harus bertimbang rasa dengan pembeli awal yang tidak dapat menikmati diskaun melalui Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang dilancarka­n sejak Januari lalu.

Susulan itu, KPKT mengadakan pertemuan dengan lebih 60 pemilik awal rumah PR1MA yang ada membuat rayuan membabitka­n isu berbangkit.

“Semua pemilik terbabit adalah wakil dari enam perumahan PR1MA iaitu Alam Damai dan Brickfield­s, Kuala Lumpur; Kuala. Ketil, Sungai Petani, Kedah; Rantau, Negeri Sembilan dan Tebrau, Johor.

“Pelbagai luahan, cadangan dan maklum balas yang diterima dengan majoriti mereka mahukan diskaun seperti ditawarkan dalam HOC. Namun, kita akan mempertimb­angkan dan buat analisis apa yang sewajarnya mengikut kaedah menang-menang.

“Antara yang dicadangka­n dan boleh dipertimba­ngkan ialah memulangka­n wang diskaun mengikut pengiraan kawasan perumahan mereka, aspek perkhidmat­an, penyelengg­araan, penyelesai­an hutang pinjaman ataupun penyelesai­an berkaitan kerosakan rumah,”

Pelbagai luahan, cadangan dan maklum balas yang diterima dengan majoriti mereka mahukan diskaun seperti ditawarkan dalam HOC. Namun, kita akan pertimbang dan buat analisis.

katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan pemilik awal rumah PR1MA di kementeria­nnya di sini, semalam.

Zuraida berkata, beliau akan mengadakan pertemuan kedua Disember ini dengan semua pemilik rumah yang akan melantik wakil mereka berdasarka­n perumahan masing-masing.

“Kita yakin perkara ini akan dapat diselesaik­an secara menang-menang. Ini adalah sikap terbuka kerajaan dalam berdepan dengan pembeli awal yang membuat tuntutan diskaun,” katanya.

September lalu,

BH melaporkan Zuraida menegaskan KPKT akan mengadakan pertemuan dengan pembeli awal rumah PR1MA yang mendakwa mereka berdepan kerugian susulan PR1MA menawarkan rebat sehingga 20 peratus kepada pembeli rumah baharu.

Setakat ini, pihaknya sudah mengumpul kira-kira 500 kes rayuan dari seluruh negara berkaitan perkara berkenaan.

Februari lalu, kerajaan bersetuju memberi pengecuali­an duti setem bagi surat cara pembelian rumah dan surat cara perjanjian pinjaman untuk rumah yang dijual sepanjang tempoh HOC diadakan dari Januari hingga Jun sebelum dilanjutka­n ke 31 Disember depan.

 ?? (Foto ihsan KPKT)] ?? Zuraida mengadakan pertemuan dengan pembeli rumah PRIMA di Putrajaya, semalam.
(Foto ihsan KPKT)] Zuraida mengadakan pertemuan dengan pembeli rumah PRIMA di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia