Berita Harian

KBS sedia bengkel latihan kumpulan basikal lajak

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) sedang melatih kanak-kanak dan remaja yang bermain basikal lajak, dengan harapan melahirkan pelapis dan jaguh sukan basikal bagi mewakili Malaysia satu hari nanti.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata KBS menyediaka­n bengkel latihan serta pelatih profesiona­l kepada kumpulan basikal lajak bagi memastikan minat mereka disalurkan ke arah sesuatu yang lebih bermanfaat.

“Ini sesuatu yang KBS sudah lakukan selepas insiden kemalangan membabitka­n basikal lajak. Kita sudah laksanakan banyak bengkel latihan kepada kumpulan basikal lajak.

“Tidak cukup sekadar sediakan litar kalau aspek keselamata­n tak diutamakan. Basikal yang mereka ubah suai tiada brek, tidak gunakan peralatan keselamata­n serta ditunggang di kawasan berbukit.

“Jadi kita sediakan peralatan basikal pegun untuk mereka gunakan. Ini dapat membina otot dan kelajuan, sekali gus melatih mereka menjadi pelumba basikal Malaysia satu hari nanti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan beberapa pihak supaya KBS membina litar khas supaya kanak-kanak dan remaja dapat menggunaka­nnya untuk aktiviti basikal lajak secara selamat.

Syed Saddiq berkata, bengkel latihan itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada komuniti basikal lajak.

“Pada program terakhir yang saya sendiri sertai di Gombak, ada kira-kira 150 komuniti basikal lajak yang turut bersama dalam bengkel itu,” katanya.

Syed Saddiq juga menyokong jika individu yang suka mengubah suai basikal lajak, dihantar ke

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) untuk menyerlahk­an lagi bakat mereka.

Beliau juga sedang mendapatka­n pandangan beberapa pihak berhubung inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi menyalurka­n minat kumpulan basikal lajak, tanpa mengenepik­an aspek keselamata­n.

Kita sudah laksanakan banyak bengkel latihan kepada kumpulan basikal lajak.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH, kelmarin.
Keratan akhbar BH, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia