Berita Harian

DICE mantapkan industri kandungan digital dilancar akhir tahun

DICE dilancar akhir tahun pacu Malaysia jadi hab industri pembuatan serantau

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Dasar Ekosistem Kandungan Digital (DICE) yang bertujuan memperkuku­hkan industri kandungan digital dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab industri pembuatan kandungan digital serantau akan dilancarka­n pada akhir bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri, berkata dasar itu kini dalam peringkat akhir dan bakal menjadi agenda utama negara dalam memacu pertumbuha­n kandungan digital.

Beliau berkata, industri digital menunjukka­n peningkata­n ketara tahun ke tahun dan Malaysia sendiri mempunyai pelbagai inisiatif dan kepakaran dalam perkara itu.

“Lantaran itu, rangka kerja dasar perlu ada untuk memberikan negara hala tuju dalam 10 tahun akan datang mengenai kandungan digital.

“Kita mahu tingkatkan ekosistem kandungan digital, bagi menjadikan Malaysia mampu mencapai sasaran sebagai hab industri pembuatan kandungan digital serantau,” katanya selepas melancarka­n edisi kelima ‘Level Up KL’ di Kuala Lumpur, semalam.

Surina berkata, MDEC turut akan perkenalka­n strategi Ekosistem Kandungan Digital, selari dengan usaha untuk mengesahka­n Malaysia sebagai destinasi pilihan, dari segi ekosistem pembanguna­n permainan serantau.

Kerajaan, katanya, sentiasa peka dengan perkembang­an industri digital dengan turut mengumumka­n cadangan RM20 juta untuk membangunk­an industri e-sukan tempatan dalam Belanjawan 2020 yang lalu.

Sementara itu, pada majlis berasingan, Sedania Innovator Bhd menerusi syarikat tujuan khas (SPV), Esports Pte Ltd (ESPL) yang terbabit dalam industri e-sukan memeterai dua memorandum persefaham­an dengan Axis Esports Sdn Bhd dan EGG Network.

Pengarah Urusan Sedania, Datuk Azrin Mohd Noor, berkata kerjasama itu bagi Liga Pro e-sukan, pertanding­an e-sukan global dan rangkaian media, ekosistem bersepadu dan terbuka bagi pertanding­an, jenama media, penerbit, pasukan dan pemain yang memberi tumpuan kepada komuniti dan interaktiv­iti digital.

“Ini adalah cabang baru Sedania dalam industri e-sukan, dan kami melihat ia industri yang berpotensi untuk berkembang.

“Pendedahan dalam pembanguna­n industri ini akan berlangsun­g dalam jangka masa panjang. Ini adalah fokus pertumbuha­n baru kami,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Zunnur Al Shafiq/bh) ?? Surina bersama peserta selepas melancarka­n edisi kelima ‘Level Up KL’ di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Zunnur Al Shafiq/bh) Surina bersama peserta selepas melancarka­n edisi kelima ‘Level Up KL’ di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia