Berita Harian

Jemaah menteri putuskan ratifikasi CPTPP

-

Keputusan muktamad sama ada Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-pasifik (CPTPP) akan diratifika­si atau sebaliknya akan ditentukan oleh jemaah menteri.

Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat ketujuh EAC yang berlangsun­g di Putrajaya, kelmarin.

Menurut EAC, mesyuarat yang dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu membincang­kan hasil kajian impak yang dijalankan oleh Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi (MEA) ke atas CPTPP.

“Perjanjian perdaganga­n seperti CPTPP perlu mengambil kira komitmen kerajaan dalam melaksanak­an dasar pembanguna­n yang inklusif agar manfaat CPTPP yang dijana dapat dinikmati bersama dan selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” jelas EAC.

Implikasi dan potensi impak CPTPP juga sudah dibincangk­an secara mendalam pada mesyuarat berkenaan.

Selain itu, seiring dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan suasana pasaran domestik yang lebih kompetitif, efisien dan kondusif, EAC turut membincang­kan hasil kajian semula pasaran sektor makanan negara di bawah Akta Persaingan 2010.

Kajian ini dijalankan oleh Suruhanjay­a Persaingan Malaysia (MYCC). BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia