Berita Harian

Industri penjagaan kesihatan berpotensi terus berkembang

-

Industri penjagaan kesihatan Malaysia berpotensi tinggi untuk terus berkembang selaras dengan perkembang­an gaya hidup.

Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata industri berkenaan dijangka terus berkembang dipacu peningkata­n kemampuan rakyat berbelanja untuk meningkatk­an kesihatan dan penjagaan diri.

“Menurut Institut Penjagaan Kesihatan Global (GWI), industri ini dianggarka­n bernilai AS$4.2 trilion (RM17.3 trilion) pada 2017 bersamaan 5.3 peratus daripada ekonomi dunia dan ia terus berkembang saban tahun.

“Secara fakta, industri ini kini melebihi separuh daripada perbelanja­an kesihatan global. Kita dapati Malaysia juga tidak ketinggala­n berkembang sejak beberapa tahun lalu,” katanya kepada media selepas merasmikan pembukaan cawangan baharu My Tradisi Premier dan Ava Skin Premier di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia (Mypreneurs­hip), Nitesh Malani dan Pengasas V Ultimate Wellness Bhd, Fiona Gan.

Mohd Redzuan berkata, pembanguna­n usahawan penjagaan kesihatan juga amat dititikber­atkan selaras dengan Dasar Keusahawan­an Negara 2030 (DKN 2030).

“Kita melihat semua bidang keusahawan yang berkembang dan ingin membantu dalam menentukan saluran yang tepat bagi membolehka­n usahawan kekal berdaya saing,” katanya.

Selain pelancaran pusat penjagaan kesihatan, majlis memeterai kerjasama antara Mypreneurs­hip dan V Ultimate Wellnes turut diadakan.

Menerusi kerjasama itu, kedua-dua entiti berkenaan akan mengenal pasti 50 hingga 80 calon untuk menyertai Hybrid Umbrella Scheme (HUS).

Di bawah HUS, semua calon akan menjalani latihan selama enam bulan dan ditempatka­n di pusat penjagaan kesihatan milik V Ultimate Wellness.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia