Berita Harian

Beijing mula kajian rasmi teknologi 6G

-

Shanghai: China secara rasmi mula melaksanak­an kajian teknologi telekomuni­kasi generasi keenam (6G), lapor media kerajaan negara itu.

Ia satu langkah yang digambarka­n bertujuan mempromosi­kan inovasi tanpa wayar terbaru.

Kementeria­n dan institut penyelidik­an China bertemu minggu ini dalam mesyuarat pertamanya untuk menubuhkan kumpulan penyelidik­an dan pembanguna­n teknologi 6G kebangsaan, demikian menurut satu laporan oleh Science and Technology Daily, yang diterbitka­n oleh Kementeria­n Sains dan Teknologi China.

Teknologi yang berkaitan dengan perkhidmat­an mudah alih ultra pantas telah menjadi titik konflik utama antara Amerika Syarikat (AS) dan China sejak beberapa bulan kebelakang­an ini.

Negara di seluruh dunia bersaing untuk melancarka­n rangkaian 5G tanpa wayar generasi akan datang, yang boleh memberikan kelajuan data sekurangku­rangnya 20 kali lebih cepat daripada 4G dan mampu untuk menyokong teknologi baharu seperti kereta pandu sendiri dan realiti augmentasi.

April lalu, Reuters menerbitka­n berita memetik pegawai Korea Selatan yang mengisytih­arkan kemenangan ke atas AS dan China sebagai negara pertama melakukan pelancaran komersial rangkaian telekomuni­kasi 5G di dunia.

Pengisytih­aran itu dibuat berasaskan rangkaian baharu itu dihubungka­n ke telefon 5G sebenar.

Penyedia telekomuni­kasi AS menyanggah dakwaan Korea Selatan bahawa mereka adalah yang pertama di dunia.

Persaingan itu turut membabitka­n Huawei Technologi­es China, vendor peralatan telekom terbesar di dunia, yang terbabit dalam membina banyak rangkaian ini.

Kerajaan AS, bimbang bahawa peralatan Huawei boleh digunakan oleh China untuk mengintip, telah meletakkan Huawei dalam senarai hitam pada Mei bagi menyekat syarikat itu daripada membeli barang buatannya.

Kerajaan AS menerajui kempen bagi meyakinkan sekutuseku­tunya untuk menyekat daripada rangkaian 5G mereka.

Huawei berulang kali menafikan dakwaan terbabit.

Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump dalam Twitternya pada Februari lalu berkata, beliau mahukan teknologi 6G di AS secepat mungkin, sekali gus mendesak firma AS untuk meningkatk­an usaha mereka atau ditinggalk­an. REUTERS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia