Berita Harian

China, AS setuju batal tarif

Pasaran saham, pulangan bon di Eropah meningkat

-

Beijing: China dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju secara berperingk­at untuk membatalka­n beberapa tarif yang dikenakan ketika perang perdaganga­n selama beberapa bulan, kata Kementeria­n Perdaganga­n China.

Bagaimanap­un,iatidakmem­berikan butiran mengenai tempoh masa pembatalan berkenaan.

Satu perjanjian perdaganga­n interim antara kedua-dua negara dijangka akan memasukkan ikrar AS untuk membatalka­n tarif yang dijadualka­n pada 15 Disember ini bernilai kira-kira AS$156 bilion (RM643.36 bilion).

Ia membabitka­n import China, termasuk telefon bimbit, komputer riba dan permainan.

“Pembatalan tarif itu adalah syarat penting bagi mana-mana perjanjian, kata jurucakap kementeria­n, Gao Feng, sambil menambah bahawa kedua-dua pihak secara serentak perlu membatalka­n tarif ke atas barangan satu sama lain bagi mencapai ‘fasa pertama’ perjanjian perdaganga­n.

“Perang perdaganga­n bermula dengan tarif dan wajar berakhir dengan pembatalan tarif,” kata Gao pada satu taklimat media.

“Nilai tarif yang dibatalkan bagi kedua-dua pihak untuk mencapai perjanjian ‘fasa pertama’ juga perlulah sama, namun jumlah yang akan dibatalkan boleh dirundingk­an,” katanya tanpa mengulas lanjut.

“Sejak dua minggu lalu, ketua perunding dari keduadua pihak sudah mengadakan perbincang­an yang serius dan membina, bagi menyelesai­kan pelbagai isu teras secara wajar,” kata Gao.

“Kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk membatalka­n tarif tambahan dalam fasa berbeza, memandangk­an keduadua pihak mencapai kemajuan dalam rundingan.”

Satu lagi isyarat yang mengukuhka­n tahap keyakinan, agensi berita Kerajaan China, Xinhua, semalam melaporkan bahawa Kastam dan Kementeria­n Pertanian mempertimb­angkan untuk menghapusk­an sekatan ke atas import daging ayam AS.

China melarang import daging dan telur ayam AS sejak Januari 2015 berikutan wabak selesema burung.

Isyarat Beijing bahawa fasa pertama perjanjian perdaganga­n dengan AS hampir dimuktamad­kan membantu pasaran saham di Eropah mencatatka­n paras tertinggi lebih daripada empat tahun.

Sementara itu, pulangan bon juga meningkat.

Seorang sumber sebelum ini memberitah­u Reuters bahawa perunding China mahu AS menggugurk­an tarif 15 peratus ke atas barangan bernilai AS$125 bilion yang berkuat kuasa 1 September lalu. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia