Berita Harian

Ekonomi Filipina berkembang pantas

-

Manila: Ekonomi Filipina pada suku ketiga berkembang lebih pantas berbanding unjuran ahli ekonomi, apabila kerajaan mengatasi isu kekangan perbelanja­an.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 6.2 peratus berbanding setahun lalu, lebih tinggi berbanding anggaran median 6.0 peratus yang dibuat oleh kaji selidik Bloomberg.

Pertumbuha­n lebih pantas berbanding 5.5 peratus pada suku kedua, apabila penangguha­n belanjawan menyebabka­n perbelanja­an kerajaan terhenti seketika.

Perbelanja­an kerajaan melonjak 9.6 peratus pada suku ketiga berbanding setahun lalu, selepas belanjawan diluluskan pada April.

Setiausaha Perancanga­n Ekonomi,

Ernesto Pernia, berkata kerajaan akan mempercepa­tkan beberapa projek yang ditunda berikutan penangguha­n belanjawan.

“Ekonomi negara itu perlu berkembang 6.7 peratus pada suku keempat bagi membolehka­n kerajaan mencapai paras terendah sasaran pertumbuha­n 6.0 peratus hingga 7.0 peratus tahun ini,” katanya.

Sektor pembinaan melonjak 16.3 peratus pada suku ketiga berbanding setahun lalu; pertanian dan perikanan meningkat 3.1 peratus dan kewangan menokok 10 peratus.

Perbelanja­an swasta berkembang 5.9 peratus, manakala pelaburan menguncup buat suku kedua sebanyak 2.1 peratus.

Ahli ekonomi berkata, pertumbuha­n pada suku ketika meningkatk­an lagi peluang Filipina mencatatka­n pertumbuha­n kirakira 6.0 peratus tahun ini.

“Pertumbuha­n kembali ke paras 6.0 peratus, memberikan harapan untuk membolehka­n sasaran pertumbuha­n seluruh tahun dapat dicapai, namun ia berkemungk­inan begitu hampir,” kata Ahli Ekonomi Kanan ING Groep NV di Manila, Nicholas Mapa.

“Peluang cerah berikutan perbelanja­an kerajaan sudah kembali dan dalam skala besar.”

Gabenor Bank Pusat, Benjamin Diokno sudah memberikan isyarat tiada lagi pelonggara­n dasar monetari tahun ini, dengan berkata, ia melaksana ‘lebih daripada mencukupi’ untuk menyokong ekonomi selepas pemotongan kadar faedah 75 mata asas serta penguranga­n dalam nisbah rizab. BLOOMBERG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia