Berita Harian

Rangka kerja MAVCOM tidak selari WKB 2030

-

“Rangka Kerja Asas Aset Terkawal Selia (RAB) yang diusulkan oleh Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), dilihat tidak selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang bertujuan mewujudkan negara berpendapa­tan tinggi dan saksama,” kata Airasia.

Presiden Kumpulan Airasia (Penerbanga­n), Bo Lingam, berkata berbanding menawarkan lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia dan mengurangk­an kos penerbanga­n, RAB yang dirangka oleh MAVCOM sebaliknya menjauhkan orang ramai daripada menggunaka­n perkhidmat­an penerbanga­n, sekali gus bertentang­an dengan hasrat kerajaan.

“MAVCOM secara konsisten menekankan mengenai Caj Perkhidmat­an Penumpang (PSC) yang sama antara KLIA dan klia2, semata-mata kerana kedua-dua terminal dianggap sebagai Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KUL).

“Satu fakta yang enggan diakui MAVCOM dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah perbezaan besar yang ketara dalam tahap perkhidmat­an dan kemudahan antara kedua-dua terminal berkenaan.

“RAB sepatutnya rangka kerja yang adil jika dilakukan dengan niat dan tujuan yang betul.

“Namun, malangnya kita menjangka pengagihan subsidi antara lapangan terbang yang membuat keuntungan dan yang rugi akan terus diamalkan di bawah kertas cadangan RAB ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Bo menegaskan, Airasia berpegang teguh kepada kesamarata­an dan kesaksamaa­n, yang menjadi paksi kepada cara kumpulan menjalanka­n perniagaan.

MAVCOM dalam kenyataann­ya baru-baru ini berkata suruhanjay­a itu pada peringkat akhir untuk melengkapk­an RAB yang akan menjadi asas bagi pembiayaan dan pembanguna­n rangkaian

Satu fakta yang enggan diakui MAVCOM dan Malaysia Airports Holdings Bhd adalah perbezaan besar yang ketara dalam tahap perkhidmat­an dan kemudahan antara kedua-dua terminal.

Bo Lingam, Presiden Kumpulan Airasia (Penerbanga­n)

lapangan terbang di Malaysia.

Selepas rangka kerja ini diperkenal­kan kelak, lebih 20 juta penumpang di Malaysia menikmati PSC lebih rendah.

Antara lapangan terbang yang dijangka mengenakan PSC lebih rendah ialah Langkawi, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Miri, Sibu, Tawau, Lahad Datu, Kota Bharu dan Alor Setar.

Kajian terperinci mengenai rangka kerja RAB sejak 2017 membabitka­n pihak berkepenti­ngan seperti kementeria­n, syarikat penerbanga­n, syarikat pengendali lapangan terbang serta badan penerbanga­n antarabang­sa dan institusi kewangan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia