Berita Harian

Public Bank catat untung kasar RM5.31 bilion

-

Kumpulan Public Bank (Public Bank) mencatatka­n keuntungan sebelum cukai RM5.31 bilion bagi sembilan bulan pertama tahun ini.

Ia disokong pertumbuha­n 2.3 peratus pendapatan­nya sebanyak RM16.78 bilion.

Pengasas merangkap Pengerusi Emeritus Public Bank, Tan Sri Dr Teh Hong Piow, berkata perkembang­an terbaru dalam persekitar­an operasi memberikan banyak cabaran dalam industri perbankan.

Beliau berkata, tatkala halangan makro terus kekal, penguranga­n kadar dasar semalaman (OPR) pada Mei lalu menyebabka­n penurunan dalam margin faedah bersih bagi sektor perbankan, yang memberi kesan terhadap keuntungan bagi sembilan bulan pertama berakhir September.

Bagaimanap­un, katanya kumpulan berupaya mengekalka­n prestasi keuntungan yang stabil, terutama disebabkan oleh pendapatan faedah yang stabil daripada perniagaan pembiayaan dan depositnya.

“Keuntungan kumpulan juga melengkapi pendapatan bukan faedahnya yang berkembang sebanyak 5.8 peratus dalam sembilan bulan pertama tahun ini.

“Dalam tempoh kewangan itu, kumpulan terus mengekalka­n tahap kebersaing­annya, seperti yang ditunjukka­n dalam nisbah kos kepada pendapatan­nya yang efisien sebanyak 34.3 peratus dan nisbah pinjaman penguranga­n nilai kasar yang rendah sebanyak 0.5 peratus.

“Hasilnya, Kumpulan mengekalka­n pulangan bersih ekuiti yang kukuh sebanyak 13.3 peratus,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Public Bank juga mencatat pertumbuha­n pinjaman dan deposit yang baik dalam tempoh sembilan bulan pertama apabila ia meningkat pada kadar tahunan berjumlah 4.2 peratus kepada RM327.2 bilion.

Bagi pinjaman domestik, jumlah pinjaman kumpulan berkembang pada kadar tahunan sebanyak 4.4 peratus lebih tinggi daripada pertumbuha­n pinjaman tahunan sistem perbankan, iaitu 3.3 peratus.

Mengulas lanjut, Hong Piow berkata, meskipun perkembang­an kurang baik masih berterusan dalam persekitar­an makro disebabkan oleh faktor luaran, sektor perbankan domestik dijangka terus berhadapan dengan pelbagai cabaran yang boleh menggugat pertumbuha­n pendapatan.

“Kumpulan akan terus mengambil pendekatan berhati-hati meskipun risiko ke bawah semakin meningkat. Bagaimanap­un, ini tidak menghalang kumpulan daripada meneruskan peluasan perniagaan­nya.

“Peluang perniagaan masih ada untuk diterokai oleh bank di negara ini dan di negara rantau ini yang terus berkembang.

“Ini termasuk permintaan yang masih ada untuk perumahan mampu milik dan peluang pertumbuha­n baharu berikutan daripada kemajuan perbankan digital,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia