Berita Harian

› Getah

-

Pasaran Getah Malaysia meningkat untuk ditutup bercampur-campur selepas disokong dengan perkembang­an bursa lain yang banyak memberikan petunjuk positif.

Peniaga memberikan respons yang lebih baik berikutan laporan bahawa negara anggota Majlis Getah Tiga Pihak Antarabang­sa (ITRC) menyelesai­kan pelaksanaa­n Skim Jumlah Eksport Yang Dipersetuj­ui (AETS) mulai 1 April 2019, dengan kepatuhan penuh sebagai satu entiti dan bukan sebagai negara yang mempunyai kepentinga­n masing-masing.

Pada jam 12 tengah hari, harga fizikal Lembaga Getah Malaysia untuk tayar gred SMR 20 naik empat sen kepada RM5.58 satu kilogram, manakala lateks pukal adalah 1.5 sen lebih lemah pada RM4.35 satu kilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada 5 petang untuk tayar gred SMR 20 meningkat 2.5 sen kepada RM5.575 satu kilogram, manakala lateks pukal menurun 3.5 sen kepada RM4.335 satu kilogram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia