› Ringgit

Berita Harian - - Pasaran -

Ringgit meningkat semula daripada penyusutan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat semalam, didorong keyakinan terhadap rundingan perdaganga­n As-china yang mengalihka­n tumpuan pelabur daripada mata wang selamat, kata peniaga.

Pada jam 6 petang semalam, ringgit disebut harga pada 4.1225/1255 berbanding dolar AS daripada 4.1350/1380 pada Rabu.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0382/0408 daripada 3.0434/0460 pada Rabu dan meningkat berbanding yen kepada 3.7797/7828 daripada 3.7946/7984.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3036/ 3095 daripada 5.3275/3331 dan bertambah berbanding euro kepada 4.5661/ 5706 daripada 4.5861/5899.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.