Berita Harian

› Sawit

-

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s berundur daripada paras kenaikanny­a mencecah paras tertinggi 22 bulan untuk berakhir lebih rendah semalam.

Ia susulan aktiviti pelabur melindung nilai keuntungan selepas rali kukuh dilonjakka­n dengan bekalan lebih rendah dan permintaan tinggi.

Ketika ditutup, Kontrak Hadapan MSM bagi November 2019 turun RM12 kepada RM2,480 satu tan, Disember 2019 menjunam RM40 kepada RM2,478 satu tan dan Januari 2020 jatuh RM26 kepada RM2,528 satu tan manakala Februari 2020 turun RM23 kepada RM2,555 satu tan. Jumlahnya menurun kepada 49,804 lot daripada 52,482 lot pada Rabu manakala minat terbuka menjunam 251,340 kontrak berbanding 255,427 kontrak sebelumnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia