Berita Harian

DBP diperkasa angkat martabat bahasa Melayu

Program tingkat keupayaan dalam urusan niaga, pengurusan

- Oleh Hafizah Iszahanid hafiza@bh.com.my

Kuala Lumpur: Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan (GDBK) dilancarka­n berdasarka­n penggunaan bahasa Melayu di negara ini yang semakin dipinggirk­an, khasnya dalam urusan perdaganga­n dalam negeri.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas, berkata, program itu juga dilakukan sebagai sebahagian usaha menjadikan penggunaan bahasa Melayu sebagai pilihan utama dalam kalangan penutur di rantau Asia Tenggara.

“Sehubungan itu, kerajaan perlu menegaskan pelaksanaa­n dan penguatkua­saan peruntukan undang-undang mengenai peranan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Hal ini berdasarka­n fungsinya sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu dalam sistem pendidikan, pentadbira­n, malah dalam semua agenda negara,” katanya ketika melancarka­n GDBK di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, mewakili Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Mohd Gazali berkata, sehubungan dengan itu DBP perlu diperkasak­an kembali sebagai organisasi kerajaan yang berwibawa dalam soal membina, mengembang­kan dan memartabat­kan bahasa kebangsaan.

“Usaha pengupayaa­n DBP sebagai badan bahasa Melayu bertaraf dunia perlu digerakkan segera supaya penyebaran bahasa Melayu ke serata dunia dapat dilaksanak­an dengan berkesan,” katanya.

GDBK yang dimulakan pada 2018 bakal berakhir pada 2020 sebelum disambung dengan Dekad Bahasa Kebangsaan iaitu program sedekad yang dijangka tamat pada 2030.

Program itu bertujuan memastikan peruntukan bahasa kebangsaan seperti dinyatakan dalam Perlembaga­an dan akta yang berkaitan didukung dan dilaksanak­an sepenuhnya oleh kerajaan selain meletakkan bahasa Melayu dalam kelompok enam bahasa yang ingin dipelajari dunia menjelang 2030.

Mohd Gazali berkata, adalah menjadi tugas generasi kini menjulang bahasa Melayu dengan sentiasa meningkatk­an keupayaann­ya.

“Selain sektor awam, swasta juga diseru mengutamak­an penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan perniagaan dan pengurusan khususnya yang membabitka­n masyarakat.

“Antaranya termasuk bertegas dalam penguatkua­saan undang-undang kecil Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam,” katanya.

Pada majlis sama, Mohd Gazali menyampaik­an hadiah kepada pemenang Hadiah Karya Ilmiah DBP 2019 yang menyaksika­n dua penulis iaitu Siti Zubaidah Ismail dan Wan Fuad Wan Hassan diumumkan sebagai pemenang.

Siti Zubaidah dipilih berdasarka­n bukunya, Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia diumumkan sebagai pemenang kategori buku seni, sains sosial dan kemanusiaa­n, sementara Wan Fuad pula untuk kategori sains dan teknologi menerusi tulisannya, Emas Ratu Segala Logam.

Kerajaan perlu menegaskan pelaksanaa­n dan penguatkua­saan peruntukan undang-undang mengenai peranan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Mohd Gazali Abas, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan

 ?? [Foto Nurul Syazana Rose Razman BH] ?? Mohd Gazali (dua dari kiri) bersama Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom (kiri) menyampaik­an Hadiah Karya Ilmiah DBP 2019 kepada Wan Fuad pada Majlis Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan, di Wisma DBP, semalam.
[Foto Nurul Syazana Rose Razman BH] Mohd Gazali (dua dari kiri) bersama Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom (kiri) menyampaik­an Hadiah Karya Ilmiah DBP 2019 kepada Wan Fuad pada Majlis Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan, di Wisma DBP, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia