Berita Harian

Bekas pekerja Utusan tuntut SIP

PERKESO setuju beri bantuan kewangan, cari kerja sesuai kemahiran

- Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias wanti@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 398 bekas kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan), memfailkan permohonan tuntutan Skim Insurans Pekerjaan (SIP) bagi mendapatka­n bantuan kewangan daripada Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO).

Mereka sebahagian daripada 815 pekerja syarikat berkenaan yang diberhenti­kan kerja pada 31 Oktober lalu dan layak menerima lima bulan faedah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP).

Ketua SIP PERKESO, Datuk Mohd Sahar Darusaman, memaklumka­n sebanyak 27 permohonan awal sudah disahkan mencukupi syarat kelayakan caruman, untuk menerima bayaran pada hari kelapan tuntutan.

“Contohnya, mereka bergaji RM4,000 layak diberi EMP sebanyak RM3,160 selepas tujuh hari permohonan dibuat, RM1,975 pada bulan kedua, RM1,580 bulan ketiga dan keempat, serta RM1,185 bulan kelima, iaitu Mac depan,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain membantu proses tuntutan SIP, PERKESO menyediaka­n latihan bersesuaia­n, termasuk bidang keusahawan serta membantu bekas pekerja mendapatka­n pekerjaan baharu.

Semalam, PERKESO mengatur sesi temu duga untuk bekas pekerja Utusan bagi mengisi kekosongan ditawarkan tiga syarikat, iaitu MPH Group Printing Sdn Bhd, Percetakan Mesbah Sdn Bhd dan Percetakan Zainon Kassim

Sdn Bhd.

“Jumlah kekosongan jawatan di seluruh negara adalah 150,000,” katanya.

Mengenai tawaran gaji oleh majikan baharu yang lebih rendah dan di bawah paras komitmen ditanggung pemohon, beliau memberi jaminan PERKESO akan berusaha membantu mendapatka­n pekerjaan sesuai dengan kepakaran dan kemahiran pemohon.

Mengikut rekod PERKESO, seramai 33,906 orang berinsuran­s hilang kerja dalam pelbagai sektor, sejak awal tahun ini dan dijangka meningkat sehingga 37,600 pada hujung Disember dan daripada jumlah itu, 14,283 orang sudah kembali bekerja.

Sementara itu, bekas Bendahari Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ) cawangan Utusan, Baharuddin Reseh, 44, bersyukur mendapat bantuan kewangan daripada SIP selepas tidak menerima gaji sejak September lalu.

“Dianggarka­n 20 bekas ahli NUJ sudah kembali bekerja, baki kira-kira 200 staf sedang mencari kerja di pelbagai sektor, namun dalam usia begini, bukan mudah untuk mula kembali daripada sifar. Ia bagaikan kejutan tetapi hidup perlu diteruskan,” katanya.

Bekas wartawan Utusan, Abdul Hafiz Ahmad, 47, juga berterima kasih kepada PERKESO kerana menyediaka­n skim berkenaan yang boleh mengurangk­an beban bekas pekerja, khususnya dalam membuat persiapan menjelang persekolah­an anak.

“Saya ada tiga anak masih bersekolah dan belum mendapat kerja. Jadi situasi sekarang amat sukar untuk saya sekeluarga. Permohonan kepada Zakat Selangor sudah dibuat, namun belum ada keputusan,” katanya.

Selain bantu proses tuntutan SIP, PERKESO sediakan latihan sesuai, termasuk keusahawan serta bantu dapatkan pekerjaan baharu.

 ??  ??
 ??  ?? Baharuddin Reseh
Baharuddin Reseh
 ??  ?? Abdul Hafiz Ahmad
Abdul Hafiz Ahmad
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia