Berita Harian

JKR bina tembok halang aktiviti

Pihak berkuasa laksana operasi bersepadu kekang tindakan tak bertanggun­gjawab

- Oleh Syalikha Sazili syalikha@bh.com.my

Gombak: Jabatan Kerja Raya (JKR) akan membina tembok konkrit di 10 tapak pembuangan sampah haram bagi membendung pihak tidak bertanggun­gjawab meneruskan pencemaran alam sekitar itu.

Kawasan terbabit ialah Sungai Pusu, Batu 8 Gombak, Kundang, Kuang, Kepong, Batu Caves, Rawang dan Batu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad

Hilman Idham, berkata, pembuangan sampah secara haram ini bukan kali pertama, dan ia adalah cabaran yang turut dihadapi di setiap sempadan negeri.

“Hari ini kita laksanakan operasi bersepadu antara kerajaan negeri, JKR Gombak, Jabatan Hutan dan Pusat Khidmat Rakyat bagi kerja pembersiha­n sampah di tapak sampah haram ini.

“Lebih lima tan sampah ada di sini dan memerlukan masa seminggu untuk membersihk­annya dengan mengambil kira cerun yang agak curam ini.

“Tapak haram ini jadi tumpuan individu atau syarikat kontraktor untuk mengambil jalan mudah membuang sampah kerana kawasan ini sunyi dan tiada kediaman,” katanya ketika ditemui pada tapak pembuangan sampah haram di Jalan Gombak, di sini, semalam.

Kerja pembersiha­n menggunaka­n traktor sampah mengambil masa lebih tiga jam bagi membersihk­an sebahagian sampah di kawasan itu.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan (JPSPK) Majlis Perbandara­n Selayang (MPS), Affendei Samingan; Jurutera JKR Gombak, Sompang Pichan dan Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah, Khairul Nizam Mohamed.

Muhammad Hilman berkata, pihaknya sedang berbincang dengan JKR bagi menambah pencahayaa­n di kawasan berkenaan.

“Kebiasaann­ya operasi pembuangan sampah haram ini dijalankan pada waktu malam, jadi kita mahu tambah lampu di kawasan ini.

“Saya juga sedang membuat permohonan untuk tambah papan tanda bagi kempen kelestaria­n alam sekitar,” katanya.

Sebelum ini, Dekan Fakulti Seni dan Komunikasi Universiti Help, Andy Hickson membangkit­kan isu pembuangan sampah haram yang berleluasa di Jalan Gombak.

Longgokan sampah itu menyebabka­n ketidaksel­esaan penduduk berhampira­n Hospital Orang Asli Gombak.

Turut dikenal pasti sisa makanan daripada syarikat perkhidmat­an penghantar­an makanan dalam talian, Foodpanda, dan syarikat itu dilaporkan akan menjalanka­n siasatan terhadap dakwaan berkenaan.

 ?? (Foto Rosdan Wahid/bh) ?? Hilman ditemui media selepas meninjau kawasan pembuangan sampah haram di Jalan Gombak-bentong, semalam.
(Foto Rosdan Wahid/bh) Hilman ditemui media selepas meninjau kawasan pembuangan sampah haram di Jalan Gombak-bentong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia