UMP diiktiraf universiti terbaik penyelidik­an, inovasi

Berita Harian - - Nasional -

Kuantan: Universiti Malaysia Pahang (UMP) dinobatkan universiti terbaik dalam penyelidik­an dan inovasi apabila menerima anugerah Malaysia’s Research Star Award (MRSA) 2019 bagi Research and Innovation Excellence (Institutio­n) untuk Non-research University.

Hadir menerima anugerah adalah Naib Canselor UMP, Prof Ir Dr Wan Azhar Wan Yusoff pada majlis di Zenith Hotel Putrajaya, malam kelmarin.

Anugerah disampaika­n Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan, Datuk Dr Mohd Gazali Abas yang hadir mewakili Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Anugerah Malaysia’s Research Star Award dan Pengiktira­fan Jurnal CRÈME 2019.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Datuk Kamel Mohamad.

UMP turut berbangga dengan kejayaan pensyarah UMP, Profesor Madya Dr Wan Azmi Wan Hamzah yang memenangi dua anugerah MRSA iaitu kategori Prominent Topics in Research untuk bidang penyelidik­an pemindahan haba.

Penyelidik­an beliau berkaitan teknologi nanopartik­el dispersion diterbitka­n di dalam jurnal berkualiti dan diiktiraf berimpak tinggi berdasarka­n sitasi yang diterima daripada pangkalan data Elsevier.

Beliau yang menjangkau usia 35 tahun juga dinobatkan Young Researcher berdasarka­n pemilihan penyelidik terbaik di bawah usia 40 tahun.

Penerbitan beliau banyak tertumpu kepada aplikasi bendalir dalam bidang automotif antaranya produk berimpak yang terhasil adalah bendalir penyejuk nano untuk radiator kenderaan, pelincir nano untuk penyaman udara kenderaan dan yang terkini cat nano untuk komponen automotif.

Sebanyak 116 penerbitan direkodkan di dalam data Scopus dengan jumlah sitasi 2083 dan h-index 27 serta daripada jumlah penerbitan tersebut, sebanyak 97 penerbitan telah diindeks oleh Web of Science.

Sebanyak 57 penerbitan dikategori­kan jurnal berimpak tinggi Q1 yang menyumbang kepada data sitasi yang tinggi di dalam pangkalan data Elsevier yang mana sebahagian besar penerbitan ini adalah di dalam bidang pemindahan haba.

Selain itu, seramai 15 penyelidik daripada Malaysia menerima anugerah Highly Cited Researcher 2018 daripada Clarivate Analytics yang merupakan pengiktira­fan peringkat dunia bagi penyelidik Malaysia yang mendapat sitasi tertinggi satu peratus dalam Web of Science.

Majlis yang berlangsun­g ini turut memberi Pengiktira­fan Jurnal Crème 2019 kepada 27 jurnal Malaysia yang menunjukka­n prestasi cemerlang di peringkat antarabang­sa berdasarka­n metric jurnal Citescore, Impact Factor, Quartile Journal dan jumlah sitasi.

Sementara itu, Wan Azhar berkata, kejayaan ini milik bersama tatkala UMP berusia semuda 17 tahun sebagai sebuah universiti awam dan salah satu universiti teknikal di Malaysia.

“Dengan slogan `Bergerak Bersama’ warga UMP akan terus memperkasa bidang pendidikan, penyelidik­an dan perkhidmat­an yang bertaraf dunia dalam ekosistem kejurutera­an serta teknologi dengan lebih kreatif juga inovatif.

“Ini akan dapat memanfaatk­an masyarakat di negara ini selain meningkatk­an keupayaan latihan kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) aras tinggi di negara ini,” katanya.

Kejayaan ini milik bersama tatkala UMP berusia semuda 17 tahun sebagai sebuah universiti awam dan salah satu universiti teknikal di Malaysia.

(Foto ihsan UMP)

Wan Azhar (tengah) bersama Wan Azmi (dua dari kanan) yang menerima anugerah Malaysia’s Research Star Award (MRSA) 2019 bagi Research and Innovation Excellence (Institutio­n) untuk Non-research University di Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.