Berita Harian

Jenayah komersial rekod kerugian cecah RM5.8B

PDRM perlu perkasa kemahiran hadapi cabaran sindiket penipuan siber

- Oleh Fazrik Kamarudin bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sebanyak 21,862 kes jenayah komersial direkodkan di seluruh negara membabitka­n nilai kerugian mencecah RM5.8 billion bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, memaklumka­n jumlah itu meningkat sebanyak 20,913 kes atau 4.3 peratus berbanding tempoh sama, tahun lalu.

“Daripada jumlah keseluruha­n, 47.2 peratus membabitka­n kes pinjaman tidak wujud, e-belian, ‘Macau Scam’ dan ‘African Scam’ yang menggunaka­n internet sebagai medium mencari mangsa.

“Justeru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat wujud keperluan menyebar ilmu pengetahua­n kepada masyarakat supaya mereka terhindar daripada menjadi mangsa sindiket penipuan jenayah siber,” katanya.

Abdul Hamid berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Persidanga­n Kebangsaan Jenayah Komersial: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2010 di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya (UM), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK)

Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad dan Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim.

Abdul Hamid berkata, penganjura­n persidanga­n adalah bertepatan untuk dijadikan sebagai pendekatan terbaik memahami trend strategi dalam menangani ancaman jenayah siber.

“Arus deras modenisasi menyumbang kepada kepelbagai­an trend jenayah siber masa kini yang menuntut PDRM berfikir di luar jangkaan bagi mendepani cabaran ‘dunia baharu’ ini.

“Dengan adanya persidanga­n ini, PDRM boleh mendedahka­n kepada masyarakat sisi gelap alam maya selain memperkasa­kan kemahiran pegawai polis khususnya bagi mengendali­kan kes jenayah siber,” katanya.

Persidanga­n dua hari itu membabitka­n 380 peserta terdiri daripada pegawai kanan polis, ahli akademi, pakar industri dan orang awam.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Abdul Hamid diiringi Abdul Rahim (kiri) melawat pameran pada Perasmian Penutupan Persidanga­n Kebangsaan Jenayah Komersial: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2010 di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Abdul Hamid diiringi Abdul Rahim (kiri) melawat pameran pada Perasmian Penutupan Persidanga­n Kebangsaan Jenayah Komersial: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2010 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia