Berita Harian

Lelaki mengaku tak bersalah simbah air panas

-

Kuala Terengganu: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini semalam atas pertuduhan menyimbah air panas kepada isterinya sehingga mendatangk­an kecederaan.

Tertuduh, Che Ismail Che Ibrahim, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 326A KK dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabka­n kecederaan dengan menyimbah air panas kepada isterinya, Zarina Muhammad, 49, di sebuah rumah di Kampung Kedai Kepong Loji Air Kepong, di sini jam 9 pagi pada 21 Ogos 2018.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga boleh dihukum penjara dua kali ganda tempoh yang dikenakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 21 Novemberin­i sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Asisten Superinten­dan Mohd Ridhuan Mohina Din manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan, kejadian berpunca selepas mangsa bertanyaka­n mengenai alat mainan disyaki digunakan untuk melempiask­an nafsu yang disimpan tertuduh.

 ?? (Foto Zatul Iffah Zolkiply/bh) ?? Che Ismail dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
(Foto Zatul Iffah Zolkiply/bh) Che Ismail dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia