Speaker ditegur guna botol plastik

EXCO peringat larangan bawa bahan terbabit ke semua premis kerajaan

Berita Harian - - Sentral - Oleh Khairul Azran Hussin [email protected]

Shah Alam: Sidang Dewan Negeri Selangor (DUN) semalam, gamat seketika selepas seorang wakil rakyat menegur Speaker, Ng Suee Lim kerana membawa botol minuman plastik ketika bersidang.

EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian, berkata semua pihak sepatutnya sedar berhubung larangan membawa bekas makanan atau minuman plastik di semua premis kerajaan bermula 1 Julai lalu.

“Oleh itu, saya tidak pasti kenapa Speaker masih menggunaka­n botol plastik ini,” katanya berseloroh sambil disambut dengan sorakan semua ADUN.

Bagaimanap­un, Suee Lim menerima teguran itu dengan baik dan akan memastikan perkara itu tidak berulang lagi.

“Terima kasih atas nasihat, saya akan menambah baik pada masa hadapan,” katanya.

Selepas kempen bebas penggunaan bekas polisterin­a dan beg plastik berkuat kuasa 1 Januari 2016, Kerajaan Selangor pada 1 Julai lalu memulakan kempen hindari penyedut minuman plastik.

Ini adalah antara usaha mengurangk­an penggunaan penyedut minuman plastik, bagaimanap­un penguatkua­saan larangan penggunaan bahan itu hanya akan dijalankan pada 2025.

Sementara itu, Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 fasa satu dan dua dijadualka­n mula beroperasi pada Januari 2020, sekali gus meningkatk­an rizab air negeri ini ke paras lebih tinggi.

EXCO Infrastruk­tur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Izham Hashim, berkata ketika ini LRA Langat 2 fasa satu dan dua dalam proses percubaan bagi memastikan ia mampu memenuhi permintaan bekalan air di Lembah Klang.

“Buat permulaan LRA Langat satu dan dua akan mula membekalka­n sebanyak 325 juta liter air sehari (MLD) bermula Januari tahun hadapan.

“Pada Mac tahun hadapan juga, sebanyak 240 MLD lagi akan dibekalkan menjadikan jumlah keseluruha­n bekalan air yang disalurkan LRA Langat 2 fasa satu dan dua adalah 565 MLD.

“Sebenarnya pembinaan LRA Langat membabitka­n banyak peringkat. LRA Langat 2 fasa satu dan dua sudah siap serta bersedia untuk beroperasi,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi DUN Selangor.

[Foto Faiz Anuar/bh]

Loy Sian berucap pada sidang DUN di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.