Berita Harian

KTMB umum jadual baharu KTM Komuter

Perubahan bermula 16 November susulan kerja naik taraf KVDT

-

Kuala Lumpur: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumka­n jadual baharu bagi semua perkhidmat­an KTM Komuter berkuat kuasa 16 November ini berikutan kerja penaiktara­fan Landasan Berkembar Klang (KVDT) fasa 1 dan 2

KTMB dalam kenyataan semalam, memaklumka­n penjaduala­n berkenaan akan membabitka­n 20 perkhidmat­an komuter laluan Batu Caves-pulau Sebang serta 14 perkhidmat­an komuter laluan Tanjung Malim-pelabuhan Klang-tanjung Malim.

“Kedua-dua fasa itu adalah bagi menaik taraf landasan yang berusia lebih 25 tahun, di samping menyelengg­ara dan menambah baik sistem elektrik, komunikasi, dan stesen terbabit.

“Kerja pemulihan landasan yang menghubung­kan sektor Lembah Klang itu dilakukan untuk mengurangk­an kelewatan dan mengelak pembatalan perkhidmat­an akibat kerosakan landasan,” katanya.

Projek KVDT1 membabitka­n sektor Rawang-salak Selatan dan Simpang Batu-sentul yang dijangka siap sepenuhnya Julai depan.

Sementara, projek KDVT2 membabitka­n sektor Kuala Lumpur Sentral-pelabuhan Klang serta Salak Selatan-seremban dijangka siap pada September 2026.

Berikutan penjaduala­n baharu itu, penumpang yang menggunaka­n tren komuter laluan Batu Caves-pulau Sebang selepas ini akan bermula dan tamat di Stesen Kajang.

Bagi laluan Tanjung Malim-pelabuhan Klang-tanjung Malim, perkhidmat­an komuter akan beroperasi menggunaka­n satu landasan antara Rawang dan Kepong yang akan bermula serta tamat di Stesen Sungai Buloh.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia