Berita Harian

Teladani Nabi dalam mendidik anak perempuan

-

Sebaliknya, jika mahu membunuh anak perempuan, mereka akan menunggu hingga berusia enam tahun. Bapa kanak-kanak berkenaan akan meminta isterinya untuk memakaikan­nya dengan perhiasan dan haruman sebelum dibawa untuk ditanam hidup-hidup.

Lubang sudah pun digali di padang pasir dan apabila tiba di tempat itu, bapa kanak-kanak malang terbabit meminta agar dia melihat ke dalam lubang berkenaan. Dengan kejam, dia menolak anak perempuan ke dalam lubang dan menimbun tanah hingga rata. Sesetengah kabilah menguburka­nnya hidup-hidup dengan cara lebih kejam.

Episod pembunuhan menyayat hati dan kebencian Arab jahiliah yang dirakam sejarah itu, terubat melalui kedudukan tinggi diberikan Nabi SAW kepada anak perempuan. Ia jelas melalui layanan istimewa diberikan kepada puteri Baginda, Fatimah.

Keakraban hubungan Nabi SAW dengan puterinya itu, menyebabka­n Fatimah RA dikatakan Saidatina Aishah sebagai sosok memiliki cara bertutur dan berjalan amat mirip dengan Baginda.

Nabi SAW juga tidak dapat berjauhan dengan Fatimah kerana selepas dikahwinka­n dengan Saidina Ali KW, kerinduan itu disedari sahabat. Lantas, Nu’man ibnu Harithah RA menawarkan rumahnya paling berdekatan untuk dihadiahka­n kepada Fatimah agar sentiasa dapat menatap wajah kesayangan­nya itu.

Kasih sayang Nabi SAW kepada Fatimah juga ketara melalui cara Baginda mententera­mkan dan mendidik puterinya menangani kesulitan menguruska­n rumah tangga.

Fatimah sering bersama-sama ayahandany­a dalam peperangan. Diriwayatk­an beliau merawat luka Rasulullah SAW dalam Perang Uhud. Meskipun dibesarkan penuh kasih sayang, ia tidak menjadikan Fatimah sebagai insan angkuh, sebaliknya menjadi anak taat, penyabar dan berdikari. Fatimah ialah simbol kejayaan Nabi SAW dalam mendidik dan membesarka­n anak perempuan.

Tanggungja­wab memuliakan, memelihara dan mendidik serta menunaikan hak anak ditegaskan Nabi SAW dalam banyak hadis termasuk yang diriwayatk­an Abu Said al-khudri RA, Baginda bersabda: Sesiapa memiliki tiga anak perempuan, saudara perempuan, dua anak perempuan atau saudara perempuan, lalu berbuat baik dan bertakwa kepada

Allah dalam urusan mereka, maka syurga disediakan untuknya. (HR Tirmizi)

Nabi SAW menekankan hak anak dan saudara perempuan untuk ditunaikan ibu bapa atau penjaga yang meliputi aspek lahiriah dan batiniah. Dari sudut lahiriah, mereka berhak diberikan makanan, minuman, pakaian dan kediaman baik.

Sudut rohani pula merangkumi pendidikan terbaik, pemupukan adab sempurna, peneguhan kecenderun­gan mempertaha­nkan kesucian diri dan membiasaka­n mereka dengan tanggungja­wab menyeru kebaikan serta menghalang dosa.

Pendidikan keimanan, akhlak, jasmani, mental, psikologi dan sosial hingga seksual kepada anak dibahaskan ulama dan sarjana dengan mendalam. Khusus kepada anak perempuan, kesedaran amat penting diberikan terhdap keutamaan sifat malu.

Begitu juga keutamaan memelihara maruah dan kesucian diri serta kaitannya dengan penjagaan keturunan, antara matlamat utama syariah (maqasid syariah). Oleh itu, ibu bapa perlu memberikan perhatian berat bukan sahaja terhadap aurat, pakaian dan pergaulan, bahkan rakan anak serta tindak-tanduk mereka di alam maya.

Pendedahan akhbar mengenai peningkata­n jumlah perogol juvana dan 35 peratus daripada 822 kes tahun ini menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitka­n remaja pastinya amat membimbang­kan.

Apatah lagi faktor kemudahan akses bahan pornografi dalam talian seperti media sosial dan aplikasi mesej. Sebahagian besar kes rogol juvana membabitka­n remaja tetapi terdapat kanak-kanak berusia tujuh tahun cuba memperkosa rakan sebayanya.

Beberapa contoh kes diberikan PDRM bagi menggambar­kan ketidakmat­angan remaja dalam mempertimb­ang akibat perbuatan mereka antaranya pasangan remaja cuba meniru adegan disaksikan dalam video pornografi dan remaja perempuan tidak terfikir akan hamil dengan melakukan hubungan seksual hanya sekali.

Pendedahan itu menyedarka­n tanggungja­wab mendidik anak bukan mudah apatah lagi zaman dibayangka­n Nabi SAW sebagai amat menguji disebabkan kerosakan, termasuk keruntuhan akhlak berleluasa.

Ganjaran perlindung­an daripada api neraka dan syurga kepada ibu bapa yang berjaya melaksanak­an tugas mendidik anak, terutama perempuan, menggambar­kannya memang mencabar. Oleh itu, tiada petunjuk lebih baik selain Nabi SAW sendiri untuk mewujudkan hubungan amat akrab, penuh kasih sayang dan tiada rahsia dengan anak perempuan.

Hanya dengan hubungan seumpama itu, kemuliaan dan kepercayaa­n akan diperoleh ibu bapa. Nasihat dan panduan diberi meresap ke dalam hati dan dituruti sewajarnya oleh anak. Semoga sentiasa Nabi SAW dan ahli keluarga Baginda menjadi teladan dituruti setiap masa dan keadaan. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1441H.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia