Wan Roslili Abd Majid

Berita Harian - - Ibrah - Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Al-miswar ibnu Makhramah RA meriwayatk­an Rasulullah SAW bersabda: “Puteriku sebahagian daripadaku, sesiapa menyulitka­nnya, maka dia sebenarnya turut menyulitka­nku dan sesiapa menyakitin­ya, maka dia juga menyakiti diriku.” (HR Bukhari)

Penegasan Nabi SAW itu menunjukka­n limpahan kasih sayang Baginda kepada anak perempuann­ya, Saidatina Fatimah RA yang lahir lima tahun sebelum kerasulan. Kasih sayang, pembelaan dan empati Baginda menunjukka­n ketinggian kedudukan anak perempuan dalam Islam.

Hal itu menolak amalan keji masyarakat Arab jahiliah yang menganggap anak perempuan sebagai hina hingga mengabaika­n atau lebih kejam lagi, membunuh mereka.

Imam Mustafa al-maraghi mentafsirk­an ayat ke-8-9 surah al-takwir menyatakan sekiranya masyarakat Arab jahiliah menghendak­i anak perempuan itu hidup, maka dia dibiarkan hidup tanpa kasih-sayang. Anak perempuan itu akan diberikan jubah daripada bulu atau rambut dan dihantar ke desa untuk mengembala unta bapanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.