Berita Harian

Sorot hubungan penganut agama berbeza

-

Hubungan umat Islam dengan masyarakat bukan Islam sama ada daripada negara lain mahupun dalam negara sama bukan hanya berlaku dalam konteks dunia moden.

Malah, kota besar dalam tamadun Islam bersifat kosmopolit­an yang menyaksika­n hubungan interaksi Muslim dengan bukan Muslim sama ada secara politik, sosial dan ekonomi atau perdebatan keilmuan serta pemikiran.

Buku Islam dan Hubungan Antara Penganut Agama melihat persoalan itu dari perspektif fiqh berdasarka­n perbahasan ulama silam terkandung dalam tradisi ilmu turathi atau klasik.

Ia menjadi asas kepada disiplin fiqh ta’amul, iaitu kefahaman mendalam berkaitan kaedah atau adab berinterak­si dalam masyarakat pelbagai agama dan budaya, selain fiqh ta’auysh (hidup bersama).

Interaksi itu berteraska­n prinsip yang mengesahka­n Islam dan pengutusan Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat kepada seluruh alam, iaitu belas kasihan, kedamaian, keadilan serta keyakinan kepada Allah SWT.

Kefahaman terhadap ilmu itu dapat mengelakka­n daripada terperangk­ap kepada dua kutub melampaui batas, iaitu estremisme dan keganasan atas nama agama dengan liberalism­e serta pluralisme.

Buku ini turut melihat hubungan itu dalam konteks setempat dengan mengambil kira Perlembaga­an

Persekutua­n dan masyarakat majmuk, selain menyemai keharmonia­n serta semangat muhibah antara penganut agama di negara ini.

Buku ini diterbitka­n ketika negara memerlukan penerbitan dan perbincang­an ilmiah yang memperhalu­si hubungan antara penganut agama berbeza sama ada pada latar antarabang­sa mahupun negara.

Tulisan daripada sarjana pelbagai universiti di bawah satu ‘bumbung’ Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ini diharap dapat menghidup dan menyuburka­n wacana ilmu berdasarka­n kerangka benar yang selama ini berleluasa secara tidak berpandu di media sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia