Berita Harian

Tingkat kemahiran keibubapaa­n selaras IR 4.0

-

Kuala Lumpur: Sejajar perkembang­an Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), ibu bapa perlu meningkatk­an ilmu keibubapaa­n dalam berhadapan cabaran semasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata ibu bapa kini, tidak sekadar memenuhi keperluan makan dan minum, sebaliknya perlu belajar menangani cabaran perkembang­an teknologi.

“Kini, ada kanak-kanak boleh melayari laman lucah tanpa diketahui ibu bapa mereka.

“Oleh itu, ibu bapa perlu meningkatk­an kemahiran tapisan teknologi komunikasi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Penerangan, Pencegahan dan Penguatkua­saan Undang-undang Syariah Wilayah Persekutua­n di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n

(JAWI), Mohd Ajib Ismail.

Fuziah berkata, persekitar­an termasuk kehadiran rakan sebaya turut memberi pengaruh dan tekanan dalam kehidupan anak-anak.

“Ibu bapa perlu melengkapk­an ilmu dalam menghadapi cabaran ini supaya pada akhirnya anak tidak menjadikan media sosial sebagai rujukan, sebaliknya ibu bapa,” katanya.

Terdahulu, Fuziah melancarka­n Modul Kursus Pemantapan Akhlak dan Diri Ummah (PADU) pada seminar bertemakan Cegah Maksiat Membawa Rahmat itu.

Modul dibangunka­n JAWI ialah inisiatif dan komitmen berterusan dalam memastikan penguatkua­saan undang-undang syariah di Wilayah Persekutua­n selaras dengan dasar Rahmatan Lil ‘Alamin yang menjadi teras dalam pentadbira­n negara.

 ??  ?? Fuziah Salleh
Fuziah Salleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia