Semangat pendaki merangkak ke Everest

Adam Khan mahu pembaca usah jadikan kekurangan diri halangan capai kejayaan

Berita Harian - - Sastera&budaya - Oleh Siti Haliza Yusop [email protected]

Bayangkan bagaimana manusia yang tidak boleh berjalan sejak lahir, mengatasi halangan fizikal untuk ‘menawan’ Kem Induk Everest atau Everest Base Camp (EBC) setinggi 5,364 meter dari aras laut?

Kedengaran mustahil? Namun, itulah yang dilakukan anak kelahiran Sarawak berjiwa kental, Azrulkhan Hasrullah yang lebih dikenali sebagai Adam Khan seperti terakam dalam Kembara Merangkak Puncak.

Walaupun buku ini nipis, ia membawa semangat tebal membara seorang anak muda yang percaya boleh melakukan apa saja di sebalik ia dianggap mustahil oleh ramai orang kerana kekurangan fizikalnya.

Tanyalah kepada yang biasa mendaki, pasti mereka mengetahui cabaran ‘menawan’ EBC bukan kecil.

Selain menuntut stamina dan kekuatan mental tinggi, pendaki ada ketikanya terpaksa berdepan serangan penyakit akut gunung (AMS).

AMS tidak hanya menyebabka­n kehilangan selera makan dan mengalami kecelaruan emosi, malah mungkin berdepan tragedi meragut nyawa.

Bagi insan seperti Adam Khan, cabaran terpaksa dilalui lebih besar. Selama 15 hari, beliau merangkak menuju EBC terpaksa berdepan dengan ribut pasir dan ketidakten­tuan cuaca malah suhu serendah -15 darjah selsius!

Terdetik di hati, bagaimana pemuda yang tidak boleh berjalan ini, ‘memujuk’ diri untuk terus merangkak, ketika berdepan dengan bentuk muka bumi EBC yang sangat mencabar.

Bayangkan kepayahan terpaksa dilaluinya apabila terpaksa menggunaka­n kekuatan kedua-dua tapak tangan dan lutut untuk melalui kawasan berbatu yang ekstrem serta curam.

Justeru apa yang mendorong anak muda yang tidak boleh berjalan sejak kecil itu untuk menyempurn­akan impian menawan EBC dan mengibarka­n Jalur Gemilang ketika orang normal pun ada yang kalah dengan cabaran ‘disajikan’ gunung tertinggi di dunia itu?

Di sinilah catatan kehidupan Adam Khan akan membantu pembaca memahami apa yang membentuk beliau memiliki keyakinan dan bersifat cekal seperti hari ini.

Ketika kita mudah tunduk pada desakan kehidupan, Adam yang diserang demam panas pada usia lapan bulan dan kemudian disahkan menghidap polio hingga tidak boleh berjalan melihat dunia dengan penuh bersemanga­t.

Kehidupan di pedalaman, kesukaran ke sekolah disebabkan kekurangan fizikal dan peristiwa dibuli antara peristiwa penting membantu membentuk Adam Khan menjadi pemuda bersemanga­t besar dan cekal.

Paling membahagia­kan apabila dibawa menghayati dukungan dan kasih sayang seluruh ahli keluargany­a. Malah kehadiran sahabat baik dalam alam persekolah­an dan universiti, membantu Adam Khan mendaki kehidupan ini.

Begitulah semangat Adam Khan membara itu sentiasa akan menemani pembaca ketika menghadam Kembara Merangkak Puncak dan seterusnya tumbuh menjadi inspirasi untuk menggapai kejayaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.