Berita Harian

Penerbit China minat buku budaya, sejarah Malaysia

-

Dalam keadaan ekonomi buku tempatan yang merudum, penerbit perlu lebih berani meneroka pasaran. Kami berharap tahun hadapan usaha seperti ini boleh dibuat dengan skala yang lebih besar misalnya dengan membawa masuk produk seperti animasi atau permainan komputer.

Arief Hakim Sani Rahmat, Presiden MABOPA

Kuala Lumpur: Penerbit China berminat mendapatka­n hak cipta buku berkaitan budaya Melayu dan sejarah Malaysia dalam usaha lebih mengenali negara ini.

Pengurus Besar Xiamen Internatio­nal Book, Shen Xianyang, berkata sebelum ini buku dari negara ini kurang dikenali di China.

“Kunjungan ini menemukan saya dengan banyak buku baik dan berkualiti dari negara ini terutama buku ilmiah,” katanya kepada media selepas Seminar Hak Cipta China-malaysia di sini.

Xianyang berkata, sebelum ini penerbit China lebih banyak tertumpu ke pasaran Thailand.

“Namun, kami berharap akan dapat menjual banyak hak cipta dan membeli hak cipta dari sini,” katanya.

Xianyang berkata, selain buku ilmiah, mereka turut melihat kemungkina­n membeli hak cipta karya sastera dan buku kanak-kanak.

Sementara itu, Presiden Persatuan Penerbit Malaysia (MABOPA), Arief Hakim Sani Rahmat, berkata pihak penerbit universiti perlu membuat lebih banyak kerjasama dengan Kementeria­n Pendidikan untuk membawa judul akademik ke pasaran luar negara.

Hal ini berdasarka­n fakta selain buku kanak-kanak, karya akademik dilihat lebih berpotensi menarik minat penerbit.

“Buat masa ini, kami melihat hanya dua genre ini yang menarik perhatian penerbit. Buku terjemahan seperti buku sastera atau novel popular mungkin sukar untuk menembusi pasaran luar.

“Ini disebabkan pasaran tempatan untuk buku popular Melayu lebih besar berbanding di luar,” katanya.

Tambah Arief Hakim, dalam keadaan ekonomi buku tempatan yang merudum, penerbit perlu lebih berani meneroka pasaran.

“Kami berharap tahun hadapan usaha seperti ini boleh dibuat dengan skala yang lebih besar misalnya dengan membawa masuk produk seperti animasi atau permainan komputer,” katanya.

Seminar yang menemukan lebih 60 penerbit dari China dan Malaysia adalah sebahagian projek jelajah penerbitan China ke Asia Tenggara.

 ?? (Foto Owee Ah Chun/bh) ?? Arief Hakim (kiri) bersalaman dengan Xianyang selepas Seminar Hak Cipta China-malaysia di Kuala Lumpur.
(Foto Owee Ah Chun/bh) Arief Hakim (kiri) bersalaman dengan Xianyang selepas Seminar Hak Cipta China-malaysia di Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia