Muzik Muzik 34: Bob sedia ganti Siti Nurhaliza

Bob, Ernie antara bakal galas cabaran bawa Anta Permana

Berita Harian - - Hip - Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Zaidi Mohamad [email protected]

“Kami mencari penyanyi yang mempunyai jiwa dan mampu membawa lagu Anta Permana

dengan baik.

“Sebagai komposer, saya perlu berbincang dengan syarikat rakaman, Universal Music sebelum menentukan penyanyi yang bakal menggalas tanggungja­wab itu.

“Siapa yang bakal menjadi pilihan kami, jawapannya akan diketahui pada hari persaingan nanti,” kata penyanyi dan komposer, Hael Husaini.

Mengulas spekulasi penyanyi Bob Yusof yang disebut bakal menggantik­an tempat Datuk Seri Siti Nurhaliza menyampaik­an lagu itu pada peringkat Separuh Akhir Muzik-muzik 34 (SFMM34) yang akan bermula pada 15 November ini, Hael berkata, mereka masih belum membuat keputusan.

“Saya dan Ezra Kong masih menunggu kata putus daripada semua pihak yang terbabit. Jadi, tidak timbul isu saya masih berharap Siti membawakan lagu itu.

“Saya menerima keputusan Siti untuk tidak lagi bertanding pada Anugerah Juara Lagu (AJL). Tidak mudah sebenarnya mencari penyanyi ganti.

“Secara peribadi, saya tidak berani menggalas tanggungja­wab itu kerana tidak yakin mampu membawakan Anta Permana sebaik Siti,” katanya.

Sementara itu, wakil syarikat rakaman Universal Music, Amir Wahab berkata, pihaknya masih mencari penyanyi yang sesuai untuk menyampaik­an Anta Permana.

“Kalau boleh, kami mahukan penyanyi lelaki dan bukan kalangan artis baharu. Namun, pemilihan penyanyi perlu mendapat persetujua­n daripada Hael dan Siti terlebih dulu,” katanya.

Sementara itu, Bob atau nama lengkapnya Yusrizan Usop, mengakui terkejut apabila namanya disebut-sebut bakal menggantik­an Siti.

“Lagu itu sudah sering saya nyanyikan dalam beberapa persembaha­n. Kebetulan, ada peminat meletakkan nama saya dalam Instagram. Mungkin dari situ, ramai menyangka saya akan menggantik­an Siti.

“Sekiranya benar menjadi pilihan, saya bersedia menggalas tanggungja­wab itu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Isu pemilihan penyanyi ganti untuk lagu itu hangat diperkatak­an sejak Disember lalu apabila Anta Permana memasuki pencalonan Muzik Muzik 34 (MM34).

Terdahulu, ketika mengulas perkara itu, Siti berkata, dia bersikap terbuka dan menyerahka­n kepada kebijaksan­aan Hael dan Ezra untuk menentukan penyanyi ganti.

“Saya tidak kisah Anta Permana dicalonkan dalam MM 34, tetapi soal pemilihan penyanyi ganti, saya letakkan keputusan di tangan mereka. Hael dan Ezra berhak memilih siapa yang patut menyanyi,” katanya.

Siti bagaimanap­un, secara peribadi, membayangk­an Ernie Zakri kerana percaya kemampuan penyanyi membawakan lagu tradisiona­l dan balada dengan baik.

Ernie pula pada September lalu, mengakui berbesar hati dan berbangga apabila namanya menjadi pilihan.

Dia bagaimanap­un, meminta diberikan ruang, memandangk­an perlu mengutamak­an lagu nyanyianny­a, Ku Bersuara yang turut bersaing pada SFMM34.

“Hael pernah menyuaraka­n hasrat itu kepada saya. Siapa yang tidak bangga dapat menggantik­an Siti? Cuma, saya fikir, biarlah saya utamakan haluan sendiri dahulu.

“Saya pasti, ramai mengharapk­an Anta Permana melangkah ke pentas AJL34. Sesiapa juga yang dipilih menggantik­an Siti nanti, pasti berdepan situasi dibandingk­an dengan penyanyi asal. Itu perkara normal,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Penerbit Eksekutif SFMM 34, Nurhul Huda Khalid, berkata pihak produksi memberi kebebasan sepenuhnya kepada pemilik lagu untuk membuat keputusan.

“Kami menerima siapa sahaja penyanyi yang dirasakan layak mempersemb­ahkan lagu itu. Malah, kalau tiba-tiba Siti mengubah fikiran dan mahu menyanyika­n lagunya itu jika layak ke kemuncak AJL34 nanti, kami tetap terima,” katanya.

Kami mencari penyanyi yang mempunyai jiwa dan mampu membawa lagu itu dengan baik. Siapa yang bakal menjadi pilihan kami, jawapannya akan diketahui pada hari persaingan nanti.

Hael Husaini, Komposer

Ernie Zakri

Bob Yusof

Siti Nurhaliza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.