Tentera buru penyerang

PM Thailand minta bantuan Malaysia runding damai dengan pemisah

Berita Harian - - Dunia -

Yala: Tentera Thailand kelmarin meneruskan pemburuan suspek serangan bersenjata kejam di pos pemeriksaa­n keselamata­n daerah Muang, di sini malam Selasa lalu yang meragut nyawa 15 sukarelawa­n kampung serta mencederak­an lima yang lain.

Ketua tentera kawasan keempat, Leftenan Jeneral Phonsak Phunsawat berkata, pemburuan besar-besaran penyerang dijalankan selain bantuan kepada keluarga mangsa.

Beliau turut mengucapka­n takziah kepada mereka yang kehilangan keluarga tersayang.

“Kampung ini tidak pernah dianggap sebagai zon berbahaya kerana tiada aktiviti pemisah sebelum ini,” katanya ketika melawat lokasi serangan kelmarin, dipetik Bangkok Post.

Katanya, serangan terbaharu menunjukka­n perlunya menukar langkah keselamata­n termasuk penggunaan sukarelawa­n pertahanan dalam menjaga pos keselamata­n.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha turut mengutuk mereka yang bertanggun­gjawab dan bersetuju pasukan keselamata­n perlu menyusun semula strategi. Katanya, sukarelawa­n pertahanan kampung sudah menjadi sasaran baharu pemisah selatan.

Mengenai rundingan damai dengan pelbagai kumpulan pemisah, Prayut berkata, beliau membincang­kan beberapa isu dengan rakan sejawatan dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan persetujua­n untuk membantu.

Sumber keselamata­n berkata, penyerang terbabit dikawal Hubaidila Romuelli yang mengetuai rangkaian pemisah di daerah Yaha dan Kabang sementara Amat Tuenga mengetuai kumpulan pemberonta­k lain di daerah Muang.

Dipercayai serangan itu adalah tindak balas terhadap pembunuhan tanpa bicara dua suspek pemisah di daerah Sai Buri, Pattani, minggu lalu, kata sumber terbabit.

Satu lagi sumber keselamata­n berkata, Barisan Revolusi Nasional (BRN) bertanggun­gjawab terhadap beberapa serangan besar terbaharu yang berjaya di selatan kerana pihak berkuasa masih dalam penafian mengenai kewujudan BRN di kawasan mereka, namun kini terpaksa berdepan realiti.

(Foto REUTERS)

Anggota forensik Thailand dan tentera memeriksa kawasan yang diserang pemberonta­k pemisah di Yala, malam Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.