Berita Harian

Korea Selatan usir 2 nelayan Korea Utara

-

Seoul: Korea Selatan mengusir dua nelayan Korea Utara yang disyaki membunuh 16 rakan mereka sebelum menyeberan­gi sempadan ke negara ini minggu lalu, kata Kementeria­n Penyatuan semalam.

Jurucakap kementeria­n Lee Sang-min berkata, kedua-dua lelaki, berusia 20-an, melanggar sempadan maritim untuk masuk ke Korea Selatan menaiki sebuat bot menangkap sotong pada Sabtu lalu dan pihak berkuasa di sini menahan mereka untuk disoal.

Selepas siasatan, pihak berkuasa merumuskan lelaki terbabit lari ke Korea Selatan selepas membunuh 16 rakan yang menaiki bot sama.

“Kerajaan memutuskan mengusir mereka kerana melakukan jenayah kejam bukan politik seperti membunuh yang tidak dilindungi mengikut undang-undang perlindung­an kami,” kata Sang-min dalam satu taklimat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia