Berita Harian

Australia umum pakej bantuan tangani kemarau

-

Sydney: Australia mengumumka­n pakej bantuan besar-besaran bagi membantu menangani masalah kemarau, ketika kerajaan berdepan tuduhan bahawa dasar yang dilaksanak­an gagal membendung krisis berkenaan.

Perdana Menteri, Scott Morrison mendedahka­n, pakej berkenaan menawarkan pinjaman kos rendah bernilai sekitar AUD1 bilion (RM2.84 bilion), bertujuan membantu petani yang berdepan masalah kemarau terbabit.

Ketika ini, beberapa kawasan di Australia tidak menerima hujan selama beberapa bulan, hingga memaksa petani mendapatka­n air, walaupun terpaksa mengeluark­an kos tinggi, menjual ternakan atau meninggalk­an ladang masing-masing.

Krisis itu turut mengancam beberapa bandar dan perkampung­an, selain kehidupan di kawasan pedalaman negara itu.

Menurut Biro Meteorolog­i Australia, tempoh 18 bulan kebelakang­an ini, mencatatka­n kadar hujan paling rendah, terutama di New South Wales dan negeri di selatan Australia, selain di wilayah utara serta barat Australia. AFP

 ??  ?? Kerajaan China menggesa pengeluar permainan untuk ‘mengubah suai kandungan permainan, fungsi atau peraturan’ bagi mengelak mencetuska­n ketagihan di kalangan pemain muda.
Kerajaan China menggesa pengeluar permainan untuk ‘mengubah suai kandungan permainan, fungsi atau peraturan’ bagi mengelak mencetuska­n ketagihan di kalangan pemain muda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia