Berita Harian

China kekang ketagihan permainan dalam talian

Hadkan masa bermain, wang pertaruhan untuk golongan bawah umur

-

Beijing: China melaksanak­an perintah berkurung bagi mengehadka­n masa dihabiskan kanak-kanak untuk bermain permainan dalam talian, tindakan keras terbaharu kerajaan bagi menangani ketagihan permainan dalam kalangan golongan muda.

Peraturan itu bermaksud, mereka yang berusia bawah 18 tahun tidak boleh bermain permainan dalam talian antara jam 10 malam dan 8 pagi serta hanya untuk 90 minit pada satu ketika di waktu siang.

Sebagai tambahan, peraturan itu akan mengurangk­an jumlah wang boleh dibelanjak­an golongan bawah umur untuk permainan video dalam talian kepada 200 RMB (RM118.56) sebulan dan 400 RMB (RM237.11) bagi mereka yang berusia antara 16 dan 18 tahun.

Peraturan baharu itu juga akan mensyaratk­an semua pemain menggunaka­n pendaftara­n nama sebenar dan butiran seperti akaun Wechat, nombor telefon atau nombor kad pengenalan.

Dalam kenyataan diterbitka­n Selasa lalu, kerajaan juga menggesa pengeluar permainan untuk ‘mengubah suai kandungan permainan, fungsi atau peraturan’ bagi mengelak mencetuska­n ketagihan di kalangan pemain muda.

China adalah pasaran permainan video terbesar dunia, namun kerajaan mengetatka­n industri itu di tengah kebimbanga­n kesihatan, memburukka­n masalah rabun kanak-kanak dan ketagihan dalam talian.

Satu tanda pagar mengenai peraturan baharu itu antara paling banyak dibincang dalam platform media sosial China, Weibo semalam dengan 210 juta pendapat disuarakan.

“Kenyataan ini bermaksud, remaja tidak boleh bermain permainan video kerana kebanyakan mereka di China perlu ke sekolah dari jam 6.30 pagi dan tamat jam 10 malam,” adu seorang pengguna.

“Larangan itu meliputi semua had umur,” tulis pengguna lain, mengatakan sistem penarafan permainan lebih wajar.

Seorang lagi mengadu berkata, adalah mudah memperoleh nombor pengenalan palsu dalam talian dan pemain menggunaka­nnya untuk membuka akaun mereka.

Tahun lalu, Beijing mengumumka­n kawalan baharu terhadap sejumlah permainan yang boleh dimainkan dalam talian, mengehadka­n permainan baharu dan melaksanak­an peraturan ke atas pemain bawah umur bagi mengurangk­an masa bermain.

Syarikat permainan video mega China, Tencent, mengumumka­n Mac lalu, ia melaksanak­an kekangan baharu ke atas pemain video bawah umur.

Syarikat sudah melancarka­n sistem pengenalan nama sebenar untuk permainan ‘Honour of Kings’ bagi menguatkua­sakan sekatan masa bermain di kalangan remaja. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia