Berita Harian

Gesa Scotland sokong Konservati­f

-

London: Perdana Menteri Britain Boris Johnson mengunjung­i Scotland semalam untuk meyakinkan penduduk supaya menyokong Parti Konservati­f pimpinanny­a dalam pilihan raya 12 Disember ini bagi menghentik­an rancangan Parti Kebangsaan Scotland (SNP) untuk mengadakan satu lagi pungutan suara memecahbel­ahkan United Kingdom (UK).

Scotland menjadi medan pertempura­n utama dalam pilihan raya umum, di mana parti Konservati­f pimpinan Johnson dan Parti Buruh diketuai Jeremy Corbyn dibayangi populariti SNP.

SNP berkata, Scotland perlu mengadakan satu lagi pungutan suara kemerdekaa­n pada 2020 ketika berusaha menamatkan 312 tahun penyatuan politik dengan England dan Wales.

Kedua-dua Johnson dan Corbyn berkata, mereka akan menolak jika Scotland mahu mengadakan pungutan suara kemerdekaa­n tahun depan. Penduduk Scotland menolak kemerdekaa­n dengan undian 55 peratus berbanding 45 peratus pada 2014. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia