Berita Harian

Walker lulus ‘ujian’

Pertahanan ganti Bravo kawal gawang City

-

London: Kyle Walker menjadi penjaga gol England pertama yang menyelamat­kan percubaan dalam saingan Liga Juara-juara dalam tempoh tiga tahun selepas menjadi penjaga gawang untuk Manchester City, semalam.

Pemain pertahanan itu terpaksa menjadi penjaga gol pada 10 minit terakhir ketika bertemu Atalanta yang menyaksika­n kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Penjaga gol utama, Ederson digantikan pada separuh masa selepas mengalami kecederaan namun penjaga gol gantian, Claudio Bravo dilayangka­n kad merah pada minit ke-80 selepas menjatuhka­n Josip Ilicic yang berpeluang menjaringk­an gol.

Walker tampil daripada bangku simpanan, mengambil jersi penjaga gol dan sarung tangan sebelum mengambil alih tugas sebagai penjaga gol.

Namun, dia beraksi cemerlang apabila menyelamat­kan dua percubaan dalam tempoh 10 minit termasuk percubaan daripada sepakan percuma yang dihadiahka­n Bravo - sekali gus menjadi pemain England pertama melakukan sedemikian sejak Ben Hamer untuk Leicester pada 2016.

Selepas perlawanan, Walker mengakui gawangnya tidak dibolosi hasil kerjasama rakan sepasukan.

“Saya kadang-kala suka mengutarak­an pendapat untuk penjaga gol menangkap bola dengan kemas semasa latihan tetapi pada malam ini saya sedar, kadang-kala anda memerlukan dua sentuhan untuk menangkap bola.

“Kami datang ke sini untuk memburu kemenangan. Kami tahu ia akan menjadi sukar kerana mereka mengawal pemain dengan ketat dan pastinya kuat kerana beraksi dalam Liga Juara-juara.”

Dia kemudianny­a menulis di Twitter: “Tidak pernah terfikir malam ini akan berakhir sebegini. Saya fikir lebih rela beraksi sebagai pemain. Mata yang penting pada akhirnya dan masih belum tewas @Championsl­eague.

 ??  ??
 ??  ?? Kyle Walker
Kyle Walker

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia